Wednesday, December 29, 2010

Whoa!! Are We Really Doing This?

Mulai hari ini, I bangun tidur dengan gelaran tunang orang dan cincin tersarung di jari..

Adoi terasa diri sungguh dewasa tatkala ini. Tak sangka Fir bukan lagi boypren I tetapi adalah sang tunang. Ini bukan cobaan. Ini betul-betul kejadian. I dah kena start fikir pasal kahwin semua. Nak beli barang kat mana, nak kahwin kat mana, nak buat majlis yang macam mana and bla bla bla.

Starting from now, esah has to behave because she just got to. Kang tak pasal-pasal pulak orang kata buruk benor perangai si tunang Fir ni. Siapa yang malu? Mereka dan keluarga mereka.

Honestly, I see dead people things differently now. Myself, Fir, his family, my family. Semua la. Start dari semalam pun, instead of salam biasa cium tangan mak dia dah bertukar jadi hug hug kiss kiss the air semua lah Mak dia pulak tu yang start. Almaklumlah auntie, saya kan pemalu. auntie kenalah terima saya seadanya Huhu..

I have a dilemma. *Konon la dilemma sangat* I nak kena address his mom as mama ke atau stick to auntie je? Hehe..Kena tunggu auntie start address herself dulu lah. :p

Sunday, December 19, 2010

Guilty As Charged

Hi all..

 Lamanye tak update blog. Malu pulak rasanya bila menjejakkan balik jejari untuk menulis entri ni. Maafkan kami si bujang lapok..(nyanyi ikut rentak lagu supaya kurang rasa marah dan annoyed terhadap saya) ye sebab begitu lama mengabaikan para readers semua..Hahaha..* esah, ko ingat blog ko famous sgt ke???!! and ada ke org yang baca blog ko nih??*

Kenapa saya tak menulis begitu lama sekali? (saya??erkk...)

1) I've been busy like crazy sampaikan rasa nak check-in kat Tg. Rambutan sekejap barang sehari dua.
2) Malas
3) Takde idea. Rasa diriku semakin membosankan khalayak umum
4) Mungkin kena berjaga-jaga supaya tidak memperlekehkan pekerjaan  yang penuh pancaroba dan sucks dalam banyak segi tapi tak boleh diperbaiki sebab orang dulu-dulu pun ikut sistem yang sama a.k.a saya yang menurut perintah walaupun saya tau saya betul dan boss salah..(oops..)
5) Malas
6) Super malas

Tahun depan saya rajin sikit ye. Tata

Wednesday, August 18, 2010

Bolehkah?

Can I just hate someone for no apparent reason? Wait..HATE is such a strong word.

Can I just not liking someone for no apparent reason?
Angel will say: Hatred is going to eat you alive. Love and you will be loved. Love and you will see rainbows even in the strongest of thunderstorm.
Devil will say: Hatred comes from the feeling that you don't like something. It can even be yourself. Why do you have to like or love someone who make you feel bad about yourself?(kick the angel).

I hate it that the devil has a point!!

Thursday, July 8, 2010

Dedikasi

This came waaaaaaaaaay late than it should...Sorry Elle Jay..I made it a point to myself to dedicate birthday wishes to my close friends who are reading my blog now. (Well, I intent to let other people know about this so called plain blog but I'm just not ready to. Even Fir doesn't know. At least I think he doesn't....).But I've been busy.. So very busy that I think maybe other people think that I'm just faking it since I wasn't this busy before..What the....?? (Mengarut je esah)

Anywhoooo....

Liyana Jais,
Babe..I'm glad you're still around. And I will always be there for you. You can count on me for that. Have a rockin' 25. Stay fabulous and stay kind as you already are.

Goshhhh...esok birthday Fir pulak!!

Monday, June 21, 2010

Entri Emosi Tak Berapa Stabil

Oh gundah gulana hati beta sekarang ni. Kadang-kadang rasa seronok, kadang-kadang sedih, kadang-kadang lapar, kadang-kadang stress, kadang-kadang mengantuk, kadang-kadang excited. Banyaknya kadang-kadang. Bila dah tulis dan sebut kadang-kadang banyak kali membuat I terfikir pulak dari mana asal perkataan kadang-kadang tu. Kenapa dia dinamakan kadang-kadang. Kenapa mesti kadang-kadang? Kenapa tak kadang je? Takpelah. Suka hati dia la kan.

As for me, all I want to do now is just to get away from here (aka my desk aka office). Not literally but it's good enough for me.

Thursday, June 10, 2010

Kecoh Betul Bodoh Betul

I bukan nak menghina filem Melayu jauh lagi tak menyokong industri perfileman tempatan tapi filem ni I consider it as an insult to my intelligence..*Ceh ceh intelligent sangat ke kau esah*..I mean come on la..buat cerita yang senonoh sikit boleh tak. Filem kita wajah kita. So kalau filem bodoh, adakah wajah kita bodoh? Mungkin wajah hodoh la tapi memang memalukan kalau filem kita masih lagi di tahap macam ni. I admit there are few Malaysian movies yang memang betul-betul bagus macam Setem, Yasmin's, Afdlin's and bla bla bla tapi lagi banyak yang tak bagus daripada yang bagus. Kalau P. Ramlee's toksah cakap la..Despite few flops masa zaman-zaman film production tu dah berpindah ke Studio Merdeka, ada jugak la beberapa filem yang bagus dan menang Asia Pacific Film Festival awards masa zaman kegemilangan filem Melayu kat Jalan Ampas dulu. Kalau I hidup pada zaman tu mesti I bangga.

And as for Lagenda Budak Setan, I tak tengok lagi but there are words saying that filem ni tak berapa nak best jugak. Sangat menyedihkan sebab LBS is Ahadiat Akashah's masterpiece la konon-kononnya and pada zaman remaja dulu I ada la baca novelnya. It's quite good tapi kenapa filemnya ada orang kata tak best. There must be something wrong somewhere. Lain orang lain pandangan kan. I nak komen lebih-lebih pun I belum lagi tengok cerita tu. Keh keh keh..

Kecoh Betul, seriously, you kinda suck.. Storyline & acting hancur-hancur belaka. Walaupun I ada la jugak gelak-gelak tengok cerita tu tapi dalam hati I memang tidak henti-henti cursing that movie. Two hours of my life that I can't get back. and my RM6..*Kecoh betul esah...RM6 je pun*..(Helloooo..money is still money)...

Btw, ini pendapat peribadi I dan juga peribadi 4 orang rakan-rakan lain yang tengok movie ni. Lina, Fiza, Shahrul (weh aku dah promote nama kau ni tau..haha) & si mangkuk yang perlu dirahsiakan identiti beliau di alam maya ni. Sekian.

Monday, May 24, 2010

Fikir Tajuk Sendiri La Ye

Selamat hari Isnin people..Mulakan pagi anda dengan senyuman..What the..???!! Dah la I lambat hari ni sekaligus mencipta satu rekod baru. First time punch card I kaler merah hari ni..Bangga sekali diriku kerana berjaya membusukkan reputasi diri sendiri..muahahahaha..(gelak keji dulu).

Walaupun hari ni hari Isnin yang mana biasanya sindrom malas bekerja tu amat jelas kelihatan terutama dalam diri esah, tapi Isnin kali ni berbeza sikit dengan Isnin sebelum ni..Esah amat bersemangat bekerja hari ni (yang kau update blog ni kira semangat kerja sangat ke esah oii??)* Ey shut up you annoying inner voice*..Mari sambung ayat I yang tak sempat habis sebab ada gangguan seketika tadi. Hari ni I semangat sikit sebab dah masuk gaji. Yayyy!!!!!

Tapi I jamin yayy I tu akan bertahan sekejap je sebab lepas ni nak kena bayar hutang, bil, bla bla bla..Lama-lama habis sekelip mata je..Oh sesungguhnya I sangatlah iri hati (jealous??..please..so not me..) dengan Paris Hilton sebab tak payah kerja sangat pun dah kaya..Tapi tak kisahlah..At least I kurang bangang sikit dari dia..(haha..ampunkan esah atas kekasaran bahasa).

I'm not exactly financially savvy but I watched Suze Orman occasionally. And Oprah too..Among few tips that I got from watching them are:-
  1. Plan your expenses - Teramatlah mustahak nye perkara ini sebab janganlah anda rasa anda tu pandai sangat berbelanja sampai tak perlu nak plan. Kalau plan tu tak penting maka takdelah bahagian Bajet kat MOF ni kan...
  2. Track your spending - Maknanye sediakan la buku kecik and tulis segala hape benda yang korang beli kat dalam tu. Tujuannye supaya kita tahu duit kita tu pergi mana. Dia jalan-jalan pergi Mid Valley ke, tengok wayang banyak sangat ke, mencekik Nando's (sedapnya.yum..yum..) hari-hari ke. Jangan malas. Kalau korang malu nak tulis sebab nanti orang kata korang poyo ke ape ke kan, senang je. Janganlah tulis depan diorang. Tapi harus diingat, daya ingatan anda mestilah kuat untuk ingat balik apa yang anda dah belanjakan..
  3. Jangan buat-buat lupa bayar hutang - PTPTN, loan kereta, loan rumah, credit card dan yang sewaktu dengannya tu, silalah jangan abaikan kelak ianya akan menghantui hidup anda. True story, someone I know dah hutang credit card RM10 000..Tu tak termasuk kereta dengan PTPTN lagi tu..Banyak giler kosong dia..Tu la asyik shopping and jalan-jalan je..(jahat sungguh anda ni esah..keh keh keh..) 
  4. Pay more than the minimum amount - Khas untuk yang dah ade credit card. Tau la cool kan ada card tu. Main swipe je kan. Tapi janganlah gila swipe pulak sampai nak beli sabun basuh baju pun nak swipe jugak. CC (credit card) companies sentiasa ada cara untuk menggalakkan orang guna CC tapi tak perlu bayar full amount. So diorang akan letakkan minimum amount tu rendah sangat supaya orang fikir mandatori bayar minimum amount tu je. Bila dah bayar minimum amount, maka secara automatic amount yang tak minimum tu korang takkan bayar time tu jugak. Bila tak bayar maka interest akan naik. So secara logika nye bayarlah lebih dari minimum amount atau bayar terus je semua amount tu. (I cakap macam I ada CC je kan..poyo nye esah)
  5. Savings - Mesti mau simpan. Orang biasanya akan simpan duit lepas dah habis belanja semua..Nehi nehi nehi people..Jangan buat begitu dong! Simpan dulu baru belanja sebab kita tak tahu lagi berapa banyak yang kita kena belanja. Walaupun kita dah plan tapi emergency happens. So sendiri mau ingat ye harap maklum
  6. Kereta - Kebanyakan orang sanggup spend banyak duit untuk kereta. Spend di sini bukan bermaksud bikin kereta je. Boleh juga dikira dari segi bayaran yang akan anda bayar setiap bulan tu. Monthly installment ke perkataan omputihnye? I pun tatau sebab I takde kereta. Tapi memang benda alah tu lah. Contoh orang yang spend duit banyak untuk kereta adalah Fir pada suatu ketika dahulu (sekarang dah insaf kot..;p) sebab dia gatal nak pasang spoiler la skirting la dan ntah pape benda lagi kat kereta dia tu. Bukan boleh terbang pun pasang macam-macam tu . Lambat lagi lah I kawin nampaknya..(Ahh sungguh desperate diriku..tidaaakk!!!..)
  7. Rumah - Sila beli rumah yang tak payah bayar down payment yang tinggi, from reliable developer, free SPA and legal fees, freehold, dan menawarkan pakej-pakej yang menarik contohnya ada kasi percuma kabinet ke, air-cond ke ape ke. Enough said.

Bosannye tajuk I. Maafla membuang masa anda semua ye. Secara automatiknya masa I pun terbuang jugak..:p

p/s: Tu la bakal rumah I..Jangan jeles eh
.

    Tuesday, May 18, 2010

    Wajah Untuk Hari Ini

    Wahhhhh...mengapakah..???!!
    Semalam tunang Apis telah call supaya ditukar warna-warna dalam blog ni sebab dia tak boleh baca my blog dalam her brand new Blackberry (sungguh dengki hatiku seketika).

    So taaadaaaa!!!!Boleh baca ke sakarang Aainaa?Inilah hasilnya apabila orang buta IT macam I nak kena tukar layout semua. Memang makan gaji buta je la hari ni. Susah la nak buat benda alah ni..
    *JPA, tolong jangan tangkap saya sebab hari ni kerja saya menukar layout blog saja..;p*

    Monday, May 17, 2010

    Masih Bosan Tapi Tak Boleh Nak Cuti

     Sungguh tak produktif esah hari ni nampaknya..Why oh why??Why me? Why today??


    Bosan dan Nak Cuti

    Berat sungguh rasa nak nak buat kerja hari ni. Ditambah pula dengan batuk-batuk dan semput. Tiba-tiba I rasa rindu pula dengan kerja PKS dulu. Kalau nak cuti, tak payah nak fikir panjang pun. Now that I'm much more than just a PKS, terasa makin bertanggungjawab untuk tak cuti. Not that I'm complaining or I nak cakap bagus sangat kerja I sekarang daripada PKS. Sama je sebenarnya. Selagi I buat kerja and takdelah nak update blog time-time camni dah kira ok la tu kan.

    Ok. Kerja time!(Bosan sungguh hidupku)

    Wednesday, May 12, 2010

    Mungkin Berguna

    Mungkin post ini tak berapa bermanfaat untuk anda semua tapi takpelah. I nak post jugak. It's just something that I know so I tak nak la kedekut ilmu. Hari ni I dah tau beberapa perkara. Mungkin tak penting atau berguna atau mungkin ada orang yang akan kata "ek eleh aku dah tau dah..takkan tu pun tak tau" tapi I nak bagitau jugak (tak kira!!).
    1. Ikan dolfin iaitu ikan lumba-lumba yang semua orang kata comel and rasa nak membunuh je sesiapa yang lakukan kekejaman kat ikan tu sebenarnya bila dia tidur, dia tidur dengan setengah otak dia je. Yang lagi setengah dia akan biarkan otak dia terjaga supaya dia boleh berenang ke atas sekiranya dia rasa cam nak lemas. So kalau ada orang cerita kat korang yang ikan dolfin tidur mati maknanya orang tu tipu la tu.
    2. Orang yang buta sejak lahir tak boleh nampak apa-apa visual dalam mimpi dia. Tapi kalau dia pernah melihat sebelum jadi buta, dia boleh nampak sikit-sikitlah visual imagery tu.
    3. Gene Simmons of KISS pernah jadi cikgu rupanya dan dia pernah didenda oleh cikgu penolong kanan sebab dia replace buku Shakespeare dengan komik Spiderman sebab dia rasa budak-budak memang betul-betul akan baca komik daripada buku tu.
    4. Abang kepada Al Capone ialah seorang polis yang tak mungkin akan suka hati tembak budak 15 tahun sebab ingatkan budak tu seorang penjenayah
    5. Jo bermaksud sweetheart/dear..So boleh la panggil kekasih cinta hati anda semua jo kalau konon-konon nak berbunyi unik.
    6. Fir sangat impatient terhadap pesalah jalanraya.
    Lain kali I tambah lagi kalau I terbaca apa-apa lagi ye. Itu pun kalau ada orang sudi la menerima info-info yang tak berapa nak menarik daripada I ni kan.

    Monday, May 10, 2010

    Ma Mere


    Well..you may think that this post came a little late than it should but then again, I don't really care about what you think (Haha..konon-konon esah nak membuat statement yang gagah la ni..*poyo!!*)..Maaf. Please don't hate me reader (or readers)..:p
    Last Sunday was Mother's Day. But in my family, Mother's Day is just another day where we still ask my mom to cook for us (Saya bukan anak derhaka ye. Cuma kurang kemahiran memasak je. Nanti tak pasal-pasal kena food poisoning lagi teruk. Lagi derhaka kalau buat mak sakit perut..Hehe.. ). But this post is entirely dedicated to that one special person even though she may not going to read this. I love my mom so much. There are no other words that I can say to show her how much I love her. She may not know that I love her that much because I don't really know how to show it. I swear I really don't. For me, the more I love someone, the harder it is for me to say that I love them and the harder it is for me to show them how much I care, love, adore, admire etc. I'm not exactly a person who wears her heart on her sleeves. Yup. That's why I tak kisah kalau orang nak kata I ni teruk ke, takde perasaan, tak penyayang, selfish, sombong, mengada-ngada semua. Truth is, I hardly tell my mom that I love her. Not even mom. Dad too. What kind of daughter am I. Kesian my parents. They must have feel underappreciated. I'm not like my sister who showers them with hugs and kisses every time. But I really love them. My mom and dad. Just that I love them in a different kind of way. A way that they will never know. But I guess they will know if one of them needs a new kidney..(Ceh esah mulut tu tak agak-agak..). God forbid. I pray for their health and happiness all the time. Tapi rasa-rasanya macam my parents lagi sihat daripada I sebab my dad rajin cabut rumput kat rumah and my mom mengamalkan pemakanan sihat.

    Ok..back to my mom..(Cerita pasal my dad I buat next time lah). My mom is a strong woman. She stands by my dad during his hardest times. Offers him support and unconditional love( Cewahh). Melayan perangai adik bongsu I yang paling mengada-ngada dan asyik selalu nak emo. Balik dari kerja masak pulak tu (Kadang-kadang tak masak juga tapi ok la kan daripada I yang balik dari kerja lepas tu makan, tengok TV, tidur je). She tolerates my craziness termasuklah masalah I dengan semut-semut (Walaupun dia cakap I mengada-ngada tapi dia layan I jugak). Mempunyai kebolehan untuk tawaf shopping mall yang mengagumkan bagi wanita berusia 50-an (I lagi cepat surrender daripada my mom)..And..did I mention that she gave birth to 3 cute children and 2 good-for -nothing children (Haha..jahat sungguh esah..*Gurau saja harap maklum. *I sayang jugak la kat 2 orang tu kan. Sayang sikit je..). My mom juga seorang yang lelucon yakni kelakar. Kelakar yang jujur ala-ala Mr. Bean gitu. You know..kelakar yang macam main cakap je apa yang dia nak cakap dan ayat-ayat yang keluar dari mulut dia memang kelakar tapi benar. Adik I pernah bergurau dengan my mom and called her kucing gemuk lepas tu my mom pun balas balik cakap adik I tu kucing jerawat. Lepas tu kalau kitorang tengah tengok TV, ada artis-artis Melayu tak sedar diri yang pakai baju nampak cleavage semua mesti my mom akan cakap "ish ish apalah perempuan ni pakai baju nampak t***k. Awak tengok tu bah…(I sesungguhnya anti sikit dengan the T-word tersebut dan why oh why my mom suruh ayah I tengok aset perempuan lain).

    Mak I sama saja macam mak-mak lain dan kalau I nak cerita panjang-panjang pun, mesti ada orang lain yang cakap ala mak aku pun macam tu juga. So untuk menjimatkan masa kita semua, cukup-cukuplah yang I tulis ni ye. I tak boleh tulis dengan lebih syahdu lagi. Habislah reputasi I sebagai seorang yang tak syahdu.



    MAK…

    I love you and I can't imagine my life without you

    I'm not the best daughter anyone could ever asked for

    But I could never ask for a better mother (than you, of course!)

    I want to make you proud but I know I have very little to offer

    Please..love me still

    And I know you are and you always will
     


    God..please don't ever let me forget.

    Caucincau u ollz!!



    Saturday, May 8, 2010

    Jerawat Yang Annoying

    Jerawat memang annoying. Siapa yang suka jerawat kan?  Mungkin ada tapi I tak pernah jumpa. Tapi mungkin juga Fir sebab dia pernah cerita kat I yang masa dia sekolah dulu muka dia memang licin dan jambu. Tapi disebabkan tak nak sinonim dengan gelaran jambu itu maka dia pun berusaha lah untuk menjerawatkan mukanya supaya tampak macho sikit. Tapi last-last amik kau muka dah banyak jerawat. Tapi tak kisah la. I sayang dia juga. Dia tetap jambu batu idaman hati I yang I suka makan dengan asam.

    Jerawat adalah menjengkelkan lagi-lagi kalau ia hadir tatkala kononnya esok ada some sort of a big day for us. Contohnya macam kenduri ke, party ke, nak keluar on a date ke, mesyuarat dengan si kacak di office ataupun hari kahwin ke. Ahhh tidaaakk. Benci jerawat!!

    Tapi, bagi I jerawat lebih annoying plus sedikit hina (amboi cantiknya bahasa) jika ia tumbuh kat tempat-tempat seperti berikut:-
    • Atas hidung, bawah hidung, tepi hidung dan juga kawasan-kawasan sekitar hidung. Yang pasti hidung.
    • Ketiak (oh..extra hina)
    • Cheeks (every possible cheeky areas available on your body..oh ini sangat dasat jika area yang dimaksudkan adalah selain daripada muka)
    • Belakang badan
    • Right in the middle of the forehead..(attracts too much attention like hello-I'm here!!!-can-you-see-me kind of attention)
    • Right in the middle of the nose (hidung lagi..boleh jadi macam ting tong aka doorbell bak kata Fir)
    • Bawah bibir (nampak macam orang suka mengumpat je..Tapi at least kat bahagian ni you can get a little creative dengan cara menutup jerawat menggunakan mascara atau eyeliner..ala-ala Siti Nurhaliza gitu)
    • Belakang telinga
    Ada tak tempat-tempat lain yang I tertinggal?Takpela. Kalau ada, bak kata Nabil yang tak berapa nak lawak tu, lu pikirlah sendiri.

    Oh ya sebelum terlupa, jerawat-jerawat ini tiada kaitan dengan yang hidup ataupun yang tidak hidup. Cuma imaginasi penulis semata-mata..Keh keh keh..

    Monday, May 3, 2010

    Kissed On The Feet

    Dia tergamak mencium kaki I..Best ke?Siap gigit-gigit lagi tu. Gelinya..Lagi-lagi kalau dekat tapak kaki..Memang geli yang amat.
    Berbaloi ke I bayar RM30 untuk kaki dicium dan digigit oleh ikan-ikan yang rakus makan sel-sel kulit mati kalau 10 minit yang pertama dihabiskan untuk rasa geli-geli dan takut? Kalau nak dikira dari segi duit memang tak berbaloi la sebab I bukan kaya-raya sesenang watak-watak dalam cerita Yusof Haslam atau cerita Melayu tipikal yang lain. But, the experience itself and time spent with my best friends is worth everything.Kesimpulannya, apalah sangat RM30 tu kalau nak dibandingkan dengan rasa syoknya bertemu dan bergosip dengan rakan-rakan seperjuangan masa sekolah dulu. They stand by me through every painful moments I have to endure during my school days. And they still are. Cuma Cekna (aka ketua geng oren) akan kick me out of the group kalau tiba-tiba satu hari nanti I decide nak camwhoring gambar-gambar porno dalam bilik air. Haha..ME??Camwhore??Gambar porno??Oh tidaaakkk..Btw, what's the deal with all these people yang buat macam tu especially university students? High self-esteem pun tak bagus jugak kan. So nasihat esah, tak payah la nak yakin diri sangat kecuali bila kena jadi GPS manual. Kat sini keyakinan tu penting ye.

    Oh ya. Pasal fish spa meh cek nak habaq mai sikit (wah3 esah kuaq ckp utara!!). Fish spa bagi sesiapa yang first time baru nak cuba, adalah dinasihatkan supaya pilih la kolam yang ikannya kecik-kecik lagi untuk mengekalkan tahap kegelian di paras minima. Kalau lagi besar ikan tu kuasa sedutan aka ciuman aka gigitan akan lebih terasa. Kenapa I macam lucah asyik cakap cium cium je ni..I memang rasa cam ikan tu cium-cium kaki I sebab I tengok mulut dia muncung je walaupun sebenarnya dia tengah gigit atau makan kaki I tu. Tengok juga kolam ikan tu kebersihannya terjamin ke tak. Maksudnya kat sini, kolam tu biarlah ada sistem aliran dan cucian kolam yang entah macam mana I pun tak tau nak cakap. Tapi yang pasti jangan pilih kolam yang airnya bertakung ala-ala kolah gitu. Bakteria. Nehi nehi nehi. Dinasihatkan pakai seluar. Jangan pakai baju kurung atau skirt. Kebasahan yang melanda mungkin lebih kronik daripada biasa (Ni apa yang I nampak jadi kat Cekna la sebab dia pakai skirt masa tu). Lagi satu, kalau anda rasa takut-takut nak masukkan kaki dalam kolam ikan tu, adalah perlu untuk tidak memikirkan tentang ikan piranha, jaws atau kaum keluarganya yang lain. Nanti jadi macam I yang buang masa selama 10 minit sebab in doubt and takut-takut. Sebenarnya bila dah lama-lama, best jugak la bila sel-sel kulit kaki dimakan oleh ikan-ikan ni. Cuma kadang-kadang bila ikan dah banyak sangat dekat kaki tu ada jugak la rasa macam kena electric shock. Haha..Lagi satu, kalau anda geli dengan ikan-ikan menggigit tapak kaki anda, silalah pijak lantai kolam tu sebab bila kaki dah kat lantai, ikan tu takde chance la nak menodai tapak kaki anda.. Cuma bersiap-sedia saja la untuk menjadi lebih seksi and to show more skin.*Yeay boleh seksi!!*
    (Gila punye esah)

    Monday, April 26, 2010

    Dedication

    AAINAA AMIRUDDIN,
    Happy 25th dear..Tell it to the world with proud that you are now 25. I'm so so soooooo happy that everything works out great for you except for that boss who doesn't really like you because you clocked out at 5.30pm..I mean, what's her problem kan..Chill out dude..Hahaha...

    I love you, I care for you and my prayers are with you. I'm so blessed that I've known you for these past few years. Thank you for being there. And are still there.


    XOXO,
    Gossip Girl...(Hahaha..What the.............???)

    p/s: Sorry I suck at this dedication thingy..;p

    Wednesday, April 21, 2010

    What The......(Isi Tempat Kosong)

    Apakah? Kenapa I tak mula buat kerja lagi ni?? Ada 5 kes yang I kena selesaikan hari ni. Ada 3 assignment yang I kena siapkan juga. And I ada exam pukul 8 malam ni. So what the HELL am I doing here? Takkan update blog kot.

    Esah is just sooooooo stressed right now that she decided that she doesn't want to do anything kecuali membuang masa yang berharga.. Esah memang ada masalah mental.

    Tuesday, April 20, 2010

    Annoyed

    ANNOYING kalau kita tengok cerita orang putih yang ada subtitle, dia akan translate sebagai menjengkelkan.

    I think almost everyone has their own list of things that annoy them. Tipulah kalau takde. At least mesti ada mental list kan. Ada banyak benda yang menjengkelkan I. Yang paling teratas sekali ialah Fir. Hahaha..Tapi takpe sebab I sayang dia.
    Post ni bukanlah bertujuan untuk memaparkan senarai-senarai perkara yang menjengkelkan I. Yang itu nanti-nantilah I buat. Sekarang dah kena menjalankan tanggungjawab sebagai pegawai gomen yang berdedikasi sebab jam I dah pukul 855.. So tak boleh tulis panjang-panjang.
    Cuma nak cakap je yang pagi ni hidung I telah mengalami selsema (or selesema??entah tak tau eja). So kalau bersin tu memanglah satu nikmat kan. Tapi annoyingnya bila I dah on the way nak bersin sekali tiba-tiba tak jadi dan lebih annoying sebab ia tak jadi dek kerana Fir tiba-tiba buat keputusan nak tanya I apa yang Michael Buble cakap dalam lagu dia tu..dia cakap kid ke kit?

    Alaaaa I tak tau la and I terus jadi moody..Jahat kan I?

    Monday, April 5, 2010

    Leaving My INTIM Memories Behind

    Kalau leaving all the memories behind maksudnya nak lupakan terus la eh? Eh silap tajuk ni. Maklumlah esah bukannye reti sangat cakap omputih ni. Saja gatal tak nak guna bahasa kebangsaan. I sebenarnya berniat nak meninggalkan memori kursus yang I pergi minggu lepas supaya minggu ni I dah boleh bersemangat nak buat kerja semula. Tapi nampaknya sedikit mustahil ye untuk berbuat begitu sebab kursus tu sememangnya memorable. Memorable in a sense that it was fun and at the same time it wasn't that much fun. Seronok because I was allowed to forget about work for a week, not so seronok because I was having muscle sore and sakit kaki most of the time. Setiap kali nak turun tangga memang I kena pegang something untuk konon-konon menghilangkan rasa sakit tu. Tak kisahlah pegang orang ke (yang perempuan je ogeyh..), pegang palang yang tepi tangga ke apa ke. Janji something. Kalau nak pergi tandas jangan harap lah I boleh pergi toilet cangkung. Toilet yang seat tu pun I kena pegang toilet tu dulu kalau nak duduk. Betapa sadisnya I masa tu. Kalau ada orang boleh nampak keadaan I masa tu mesti 1) dia akan kesian sikit kat I kot and 2) dia seorang Tom yang suka peep orang lain dalam keadaan yang tak seharusnya (peeping Tom) dan orang sebegini kena cucuk mata dia dengan berus gigi (logik la berus gigi kan kalau dah dalam bilik air mana nak cari kayu pulak kan..)

    One thing for sure about this kursus is now I know betapa lembik dan tak fit nye I ni. Padan muka I pun. Malas lagi nak exercise. Nak jimat kalori konon..Last2 lembik cam sayur terlebih masak masa kursus. Sungguhpun keadaan I yang lembik itu begitu memalukan tapi I harus bangga dengan diri sendiri sebab I tak pengsan atau pitam atau hampir-hampir pitam masa buat semua aktiviti fizikal yang kitorang kena buat. Paling-paling dasat pun semput je la. Tu pun tak payah sapu Vicks. Wahahaha kebanggaan diri adalah harus di sini ye..

    Dalam penat-penat buat semua senaman asas PTD (poyo!!!), push-ups, sit-ups, crawling hapekebende semua tu, benda yang lebih membuatkan tekanan perasaan semakin bertambah ialah apabila mental kitorang pula di"torture" oleh urusetia kursus. Macam gila la wa cakap lu..*nape esah bertukar mode bahasa pulak ni*, I terasa-rasa nak menyumpah seranah kat diorang semua tapi tak terkeluar lak sumpahan I tu. So sabar dalam hati je la. Mula-mula kitorang kena buat senaman asas poyo tu (diorang panggil lompat tepuk lalat atau PT 10*ceh nama nak canggih je*) sebanyak 30 kali. Lepas tu bila tak sama je kena buat lagi 30. Tak sama lagi buat lagi 30. Lepas tu kasi diskaun jadi 20. Ish urusetia banyak songeh kata tak sama lagi kena tambah jadi 25 kali pulak.Memang la tak boleh nak sama sebab semua orang dah semput. Gila *tut* ke tak kan??Marah tak korang kalau korang di posisi I? Hangin kan..Lepas tu dia diskaun lagi kasi 10. Tak sama buat lagi jadi 15 pulak. I tak tipu korang..Ini betul-betul kejadian yang berlaku kat I.

    Urusetia tu semua cakap yang benda alah yang kitorang semua buat masa kursus ni tak seberapa sangat kalau nak dibandingkan dengan kursus DPA yang 6 bulan tu. Bagi I la kan, itu semua ayat klasik je. Saja nak bagi sedap hati. Kalau kita ada chance untuk buli orang kenapa tak nak gunakan peluang tu kan? Itulah yang I rasa diorang semua buat masa kursus tu. Diorang semua dah pernah rasa kena buli kan. Mustahil lah diorang tak terasa nak buat macam tu kat orang lain pulak. People aren't always that kind..Hahaha..

    Siapa nak jadi PTD? Silakan dengan hormatnya daftar SPA.

    Friday, March 19, 2010

    Siapa Kata Cukai Tu Best

    Dengar je perkataan cukai, satu perasaan yang akan datang pada kita semua mestilah perasaan tak best kan. I tak tahu la pulak kalau ada sesiapa yang rasa cukai tu best tapi bagi I, nehi nehi nehi. Orang ada kata yang kita tak boleh terlalu tak suka sesuatu sebab satu hari nanti benda yang kita tak suka tu akan datang pada kita juga. Kira cam nak test la kan. Amik kau siapa suruh tak suka sangat kan!!
    Akhirnya, I pun ditempatkan lah di bahagian cukai kat pejabat I ni. What the..............???

    I tak suka tempat ni. Jiwa I bukan kat tempat macam ni dan untuk kerja macam ni. Maybe it's too early to know whether this is right for me or not. Maybe I will like this place and job eventually. But I hate the waiting part.

    Orang-orang kat sini pun tak sama macam tempat-tempat kerja I yang sebelum ni. Maybe sebelum ni dalam satu office tu tak ramai sangat orang. Kat sini, ada 100 orang lebih kot. Nama orang-orang kat sini pun I tak hafal lagi. Berapa ketul je nama yang I boleh ingat. So apa yang I boleh buat untuk compensate kelupaan I pada nama-nama orang lain tu cuma senyum je la. Tapi memang tak best kalau orang tak senyum balik!! Mangkuk punya orang!! Tapi seriously, I sangat rindukan orang-orang kat tempat lama dulu. Kat BHI and ICLIF. Orang kat sini bosan la. Most of them. Takde sense of humour. Ada yang sombong nak mampus. Nampak I je terus masam muka dia ataupun kadang-kadang muka dia macam tak pandang apa-apa. Macam I ni invisible la kiranya. Dengan orang lain boleh pulak dia senyum-senyum. Tapi ada juga la beberapa orang yang best tapi orang yang membosankan lagi ramai daripada yang best tu. So kesimpulannya tak berapa nak best jugak la kan.

    I rasa kalau keadaan terus je macam ni, mungkin I akan bertukar daripada orang yang tak reti mencarut kepada orang yang suka mencarut.

    I akan bagi chance dulu kat budak sombong tu untuk tengok sama ada dia memang betul-betul sombong ke tak. Kalau dia cuma ambil masa untuk warm up to me je takpela kan. Tapi kalau memang confirm dia sombong jugak lepas tu, memang I dengan suka hatinya nak mengumpat dia dalam blog I ni..(Poyo je esah..macam la ramai sangat orang baca blog ni..haha)

    On a different note, I'm so very much happy for my friends who will be getting married soon and who is currently going in that direction..(Bilalah Fir nak ajak I kawin pulak...?)

    Friday, March 12, 2010

    Looking For My Mojo Again

    I lost it..Again.

    I don't think that I'm too tired because all that I do during my working time is just chilling at the library. For now la since I belum tahu lagi penempatan kat tempat kerja baru ni. I love library. I really do. But I'm just so tired hanging in here. I nak tau kat mana I akan kerja kat sini, kat mana office I, who am I going to work with, apa jenis kerja yang I kena buat. Tapi the whole penempatan thing ni lambat sangat. I dah bosan pergi kerja tapi tak buat apa-apa kerja pun. I dah bosan makan gaji buta..Cecece..Poyo je esah ni la. Sekarang cakap la bosan duduk library. Nanti bila dah dapat kerja cakap bosan kerja pula. I guess I just easily get bored. Mengade-ngade je esah ni. But seriously, bosan is just not a good friend of mine. Bila I bosan, I rasa I will slowly turn stupid.
    There I said it. I'm stupid right now.

    Please mojo dear. Wherever you are, please come back. I feel so bored and lifeless.

    Thursday, February 25, 2010

    Setakat Nak Update Tapi Post Barangkali Kurang Berfaedah

    Masssssssssss....

    Kita dah hupdate belug ni..Awak janganlah tak baca pulak..hehe..
     

    Thursday, January 28, 2010

    I Don't Care If You Call Me A Bitch Today

    There are times when a girl is allowed to be a bitch.

    I have a reason to smile widely in my sleep tonight. The family of former friend's fiance broke off the engagement.

    Oh..don't judge me. I'm just human. I can be happy when something bad happened to the person who treated me like shit once. I will be really happy if I can say these things to him straight in the face*here comes the drama queen*:-
    • If we were still friends, I will definitely feel sorry for you. But right now I just don't feel anything. Like I'm dead inside for a while..Oh but wait..I actually do feel something for you..I'm HAPPY that this happens to you. You deserved it!
    • You obviously didn't listen to JT and Alicia Keys. What goes around comes around. Enough said.
    • Bad things DO happen to bad people. What makes you an exception?
    • You think I'm mean for saying this or acting this way? The pot calling the kettle black. By the way, I'm an electric kettle ok. So I can come in different colours. Pretty colours.
    Yup I can be bitter when someone pushed my bitter button. I have lots of button and you don't ever want to push the wrong ones.Tapi dulu tunang Hapis selalu konon-konon tekan button atas kepala I sebab nak suruh I to shut up and zip it. Haha

    Oh how did I come to know about this whole putus tunang thing? My friend thought that me and former friend are still friends so she gave me all these updates on him. Oh dia dah bertunang..Oh dia dah kerja sekarang. Oh dia dah bla bla bla and bla bla bla..I didn't care but I pretended to.
    What can I say..It's an Oscar deserving performance.

    The score now is: Esah 18     Former friend 0 (in your face)

    Ok lah I nak kena tidur sekarang sebab esok my best friend nak belanja I sushi..(Haha saja nak point this out sebab nak bagi orang rasa lapar) =B

    Friday, January 22, 2010

    Ohana Means Family





    This is the family photo that my deceased uncle had in his house. He took this from our kampung house which is apparently no longer there (because the government decided that a highway is much more important than the Malays' land), enlarged the photo and had it framed.

    Pretty nostalgic I can say...Even for me. I wonder how would my dad and all uncles and aunts feel when they see this. Remembering the good old days when everyone was still around.

    The most left at the back is my dad..Comel kan? Haha...Next to him is my late uncle who passed away recently. Then my late grandparents. I never met my grandpa and I hardly know my grandma because when I was little, I used to be scared of her because she was so garang you know. But when I grew older I couldn't get to know her more because she was quite ill at that time. But what I know from my dad is that she was what we would call a perfect housewife. She was a great cook, a seamstress, a homemaker. She even made the best jeruk mangga and serunding ikan that I have ever tasted. Even at that time I was still a little girl, I knew a great jeruk mangga when I tasted one. I never met or knew my grandpa because he died before I was born. I only heard about him from the stories that were told to me. My aunts and uncles told me that my grandpa hailed from Sumatera, Indonesia and he used to work in the palace. He came here all alone. Sebatang kara. Then he married my step-granny (hehh??is there such word?) and my grandma was his second wife. But polygamy is sooo not inherited by all his sons. Not even one.Hmmmmm =B...

    Anywhooo, the rest are my uncles and aunts except the boy who was sitting on the chair. He's my cousin. Step-cousin..Hehe...

    I'm not that close to any of them except for my dad. But I love them still. They made me happy just being there. Being my uncles and aunts. And cousin. And this is the family that I'm proud to be a part of.

    Ohana means family. Family means nobody gets left behind, or forgotten.
    (Lilo & Stitch)

    Friday, January 15, 2010

    Adikku Bukan Adikmu

    Tapi kamu melayan adikku seperti adikku adalah adikmu..

    Fir ku, terima kasih sebab tolong hambikkan adik I dari kolej semalam. Dah la kena keluar waktu malam, lepas tu kena pergi sampai ke Nilai pulak tu. Terharu sungguh diri ini. Memang boleh menjadi incik contoh boyfriend pada semua gadis-gadis di luar sana. Contoh boyfriend ye. Bukan boyfriend harap maklum. Fir I punya je..Hahaha..

    I rasa itulah the biggest favour yang I minta dari Fir kot memandangkan Fir bukanlah seorang yang keluar di waktu malam terutamanya bila dia memerlukan rehat yang cukup selepas pulang dari kerja supaya proses tumbesarannya berjalan dengan baik.

    **************************************************

    Pada 2 malam yang lepas iaitu malam Rabu, dalam pukul 11.39 malam adik I yang si jantan balik dari rumah dalam keadaan berdarah dan luka-luka badannya. Dia kejutkan mak I yang tengah tidur untuk bagitau yang dia accident.
    Adik I kena hit-and-run you allz.. Sungguh tak disangka-sangka. Adik I naik motor lepas tu entah macam mana ada kereta tak bagi signal nak masuk simpang lepas tu langgar dia lepas tu lari je. Jatuh ke bumi la adik I tu. Lepas jatuh tu pulak, bukan ada orang lain yang dekat sekeliling tu nak tolong adik I bangun. Nak kata diorang tak perasan tak mungkin la kan sebab tempat kejatuhan tu dekat-dekat dengan kawasan food court. Diorang lagi suka tengok adik I berdikari kot. Takpun diorang ingat adik I tu mat rempit sebab tu diorang takde rasa kesian nak tolong. Agaknya mereka ni fikir yang adik I ni mat rempit so-tak-payah-la-kitorang-nak-tolong-siapa-suruh-kau-merempit kot. Tapi itu semua tidak benar. Adik I bukan mat rempit. Janji!! Ini bukan denial ye. Memang adik I bukan mat rempit. Dia cuma seorang mat yang suka keluar malam minum-minum kat kedai mamak dengan kengkawan je.

    So adik I pun bangun la sendiri. Angkat motor dia lepas tu duduk kat tepi jalan dan call kawan-kawan dia untuk hantar balik rumah. Lepas balik rumah hantar motor, kawan-kawan dia pun bawak la dia pergi klinik. Sekarang adik I dah boleh dipanggil mat bungkus untuk sementara waktu sebab badan dia tengah dibungkus-bungkus oleh bandages untuk balut semua luka-luka. Jangan risau pasal motor dia sebab motor dia tak cedera teruk. Cuma kemik (or kemek??macam mana nak eja ni...), tercabut side mirror dan beberapa parts lain yang I tak tau namanya.

    Disebabkan keadaan adik I yang macam tu maka sukarlah untuk dia drive kereta untuk ambil adik I yang lain pulak balik dari kolej dan juga adik I yang lain balik dari kerja (banyaknya adik esah*abaikan*). Ayah I dan adik I yang lain pulak balik JB sebab pakcik I meninggal hari tu. Jadi, Fir pun dengan baik hatinya mengambil alih la tugas-tugas para lelaki kat rumah I ni dengan mengambil adik I dari kolej walaupun dia sedar bahawa dia kena drive waktu malam dengan matanya yang tak berapa nak nampak. I rasa I dah curi sikit waktu tidur dia semalam

    ***************************************************
    Among the things that I love about him is that he is a selfless person and I can count on him. Sebab tu dia put up with his nonsense colleague..I can't stand that woman walaupun I tak pernah jumpa dia *takde kena-mengena sikit*...

    Apakah tujuan penulisan semua ini??
    Saja nak perbanyakkan entri walaupun isi kandungan agak kurang berfaedah. Maaf la membuang masa korang sikit..Hehe...

    Adios peeps!!

    Thursday, January 14, 2010

    Science of Sex Appeal

    Ini bukan cubaan..Ini betul-betul kejadian..I tengok Oprah dekat Hallmark Channel tadi. Almaklumlah sekarang sudah bergelar penganggur so kerja I tengok TV je lah. Jadi couch potato memang best. Korang try la sekali sekala.

    Ok..Cerita pasal topik Oprah hari ni, dia cerita la sikit-sikit pasal sex appeal ni.Kenapa dia cerita? Suka hati dia kot. Dia cuma bagi preview sikit pasal science of sex appeal ni. Kalau nak tau lebih lanjut kenalah tengok dekat Discovery Channel. Tapi I rasa kat DC Asia tak keluar lagi kot. Entahla. I pun tak tau sebab bukan selalu tengok DC ni..hehe..

    Guest Oprah  ada cakap la kan, dalam kita semua memilih teman atau pasangan kekasih cinta hati semua ni, sebenarnya ada pattern tertentu kenapa kita pilih orang tu. Dari segi bau la, nada suara, rupa paras toksah cakap la. Memang konfem-konfem menjadi kayu ukur jugak. Faktor lain pun ada jugak contohnya dari segi kerja, duit, family semua. Tapi faktor biologi pun menyumbang jugak kenapa kita pilih seseorang tu. So lepas ni I tau la kalau ada orang cakap pilih pasangan tak tengok fizikal dan paras rupa sebenarnye diorang tu konon-konon je. Antara benda lain yang I tau dari show kali ni yang I nak share dengan hangpa semua (eh cakap Kedah pulak) adalah seperti :

    1) Perempuan yang tengah mengovum (ovulating) lebih nampak menarik berbanding masa dia tak ovulate. Maknanya bila tengah subur tu perempuan memang paling da bomb la time tu.

    2) In nature, kita akan terdorong untuk pilih pasangan yang perfect physically untuk kita. Maknanya orang tu mungkin sangat hensem atau jelita daripada kita. Tapi lepas orang tu dah dipilih oleh orang lain atau dah suka orang lain, maka kita akan settle for less tapi still dalam range fizikal yang kita nak.Sebab tu orang cakap sedap mata memandang instead of tak la cantik  jelita sangat. Maknanya orang tu still tak jatuh dalam kategori tak hensem atau jelita untuk kita. Kiranya orang yang kita pilih untuk jadi pasangan kita ciri-ciri dia sama macam kita. Kalau kita pilih orang kacak/jelita adalah sebab kita pun rasa kita kacak/jelita juga.

    3) Ciri general untuk tunjukkan sama ada orang tu muka dia jelita atau kacak adalah dari segi golden ration dia. Perfect golden ratio ialah 10. Apa menatang golden ratio ni? I bagitau short form je. Kalau nak long form pergi google. Golden ration ni macam ukuran sempurna untuk architecture, paintings, art semua. Kalau dari segi muka, golden ratio ni ialah ukuran nisbah muka kita yang dibahagi kepada 3 bahagian. Kesemua 3 bahagian ni mesti sama ukuran dia. Lepas tu adalah ukuran dia yag lain-lain lagi. I ingat yang 3 bahagian tu je. Setakat ni, selebriti Hollywood yang paling tinggi dia punya golden ratio adalah....jeng jeng jeng....cuba teka....Salah la. Bukan David Letterman okeyh...Jawapannya, Brad Pitt..Ok la ok la..Klik sini kalau nak tau sangat pasal golden ratio ni. Kang tak bagi tak lalu makan pulak.

    4) Kenapa ada orang sanggup pilih orang yang kurang kacak atau kurang jelita tapi kaya? Sebab dia dah menggantikan kriteria kacak/jelita tu dengan duit. Duit tu macam substitute la untuk faktor biologi tadi. Sebab tu jugak la antara perangai keji mak datin ialah mempunyai affair dengan lelaki muda yang gorgeous tapi bersuamikan datuk-datuk yang boroi dan mempunyai penyakit jantung..Hahaha

    5) Bau yang dihasilkan oleh perempuan semasa tengah ovulating akan menghasilkan sejenis bahan kimia yang dipanggil sebagai copulins. Copulins ini akan membuatkan perempuan yang kurang jelita seperti I tampak jelita di mata Fir. So tak payah spend banyak sangat on perfumes. Sila check kitaran haid anda saja dan bajet hari apakah yang anda paling subur. Make full use of it.

    6) Perempuan cantik MEMANG senang to get away with things dan hidup diorang tak la miserable sangat pun. So lepas ni kalau ada perempuan yang nak cakap ingat senang ke jadi perempuan cantik ni asyik kena fitnah, skandal, kena ngorat, kena kongkong, boyfriend cemburu tapi I cintakan dia sangat-sangat, orang asyik panggil bimbo je tu, sila tampar dia untuk kasi sedikit reality check.

    7) Bagi yang bakal ada anak (attention: tunang Hapis & tunang Adly), sila ajar anak anda supaya tak jadikan kecantikan tu the only thing that matters sebab nanti dia akan fikir untuk bergantung pada rupa paras semata-mata. Bila dah besar dia akan malas belajar, sibuk nak masuk AF and can't handle aging well.

    8) Dalam Oprah show tadi juga ada discuss sikit pasal apa yang perempuan ni nak sebenarnya. Perempuan sebenarnya nak diri dia ni desirable by others and most importantly, they want to be wanted SOOO MUCH by someone they want. Sebab tu kita pakai cantik-cantik, mekap semua sebab kita nak orang lain nak kat kita. Make sense much? Haha..Ini apa yang orang putih tu kata la hasil daripada research dia. Semua yang lain pun orang putih kata juga so semua ni bukan datang daripada I ye harap maklum

    Ada lagi benda lain tapi I dah tak ingat. So lepas ni kalau lah DC Asia tayangkan dokumentari bertajuk The Science of Sex Appeal, silalah tengok. Jangan bila tengok atau dengar perkataan sex je terus nak beranggapan yang ia membawakan konotasi buruk dan lucah serta tak sesuai dengan budaya ketimuran.

    Tapi ini semua on the surface saja based on the scientific researches that they conducted. Orang kata yang penting hati. So kena tengok faktor hati jugak la kan. Hati ni kan abstrak (hati yang heart tau bukan hati yang liver tu ok...yang liver takde kena-mengena kot). Yang penting hati tak buta..=p

    Wednesday, January 13, 2010

    First in 2010

    Ok kengkawan esah semua...dipersembahkan post esah yang pertama dalam tahun 2010 ni..

    Sedih tapi benar..My uncle, best known as Ayah Chot meninggal dunia semalam. It was so sudden. Memang terkejut beruk seketika masa I dengar berita tu. Menurut my cousin, he suffered few complications after he fell in his bathroom last Jan 1st. My dad is in JB now so bila dia balik nanti I tanya dengan lebih lanjut lagi.  Kesian Makcik Som sebab dia duduk seorang je lepas ni. Ayah Chot memang baik sangat. Dia pendiam je tapi suka sangat layan budak-budak. Apa yang budak-budak nak dia ikutkan je. If he had a child, I'm sure he will be such a great dad. But he's in better place now I suppose.  I tak rapat sangat dengan arwah sebab dia duduk JB and kami sekeluarga duduk KL dan jarang balik JB. Tapi tak la bermakna I tak sedih bila dengar berita kematian dia...May Allah bless his soul dan semoga arwah diringankan azab dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.

    ***********mode sedih seketika*************

    Satu lagi berita benar tapi tak sangka..Ingat tak pasal PAC yang membuatkan I patah hati seketika sebab I rasa memang takde harapan nak lulus? Kalau tak ingat pergi baca balik...ngee..Tadi I check result..Dia tulis situ anda lulus..Maknanya I lulus la kan..Wah dalam pancit-pancit masa lari sampai nak pengsan tu pun boleh lulus..Saya sungguh bersyukur ye tuan-tuan dan puan-puan. Tuhan nak kasi I pengalaman interview dengan SPA supaya boleh I cerita dalam blug I yang tak seberapa ni..hehe..

    Post scriptum: Mas dengan roommate hopis dia (??? apakah perkataan yang sesuai???), Marzni pergi taklimat so I buat chicken dance selama 4 saat tanda gembira sebab lulus PAC. 
    Jangan tiru aksi ini secara solo di depan khalayak umum kalau lagu chicken dance tak dipasang.