Tuesday, October 27, 2009

Dia Tetap Lelaki Baik

Fir memang seorang lelaki yang baik. Sesiapa yang kenal I mesti akan cakap ohh you're so lucky..Fir is a good guy bla bla bla..I bukan tak suka orang cakap Fir tu baik..Bangga sebenarnya..Berbunga-bunga hati I ni..At least my bf ni mempunyai reputasi yang baik.. Tapi yang I tak suke nye orang mesti cakap I la yang tak baiknye in our relationship. Means, I'm the bad guy here(not a guy technically tapi...ala korang faham-faham lah kan). Dalam relationship, mesti ada sorang yang baik and sorang yang tak berapa nak baik (tak berapa nak baik bukanlah maksudnya jahat perangai macam syaitonirrojim kan..setakat marah-marah, emo-emo je la tak baiknye..) supaya tak menjejaskan keseimbangan kosmik karma bla bla bla semua.

Pendek kata kalau dua-dua baik skema badut je nanti bosan la relationship tu kan. Mesti nak kena ada drama rempah perisa semua. Barulah menarik dan sedap bak kata orang..Serius cakap I tak suka relationship yang dull and takde nak gaduh-gaduh..Gaduh kan best. Tapi janganlah selalu gaduh. Tu dah tak best sangat. Gaduh ni bukannya gaduh sampai I tumbuk Fir semua..Nehi nehi..Gaduh macam bebel-bebel, emo, ngade-ngade je..Part yang best nye lepas gaduh ialah the making up part. Bak kata omputih kiss and make up...(Kiss tak apply di sini harap maklum)..I tak la cakap I ni sooo much fun and Fir tu boring..Takde eh..takde takde..Jangan nak tuduh I pulak..I cuma cakap Fir tu baik je dan kalau diikutkan memang takdenye dia nak throwing tantrums semua..I je yang buat perkara tu (mengade tak sedar diri dah tua bangka). Dulu masa muda remaja (tak la muda sangat, agak-agak dalam 20 tahun) dan masa mula-mula dating memang lah macam comel kot nak merajuk mengade semua. Fir pun layan je lah kan sambil cakap dalam hati "nasib baik kau comel kalau tak mesti dah kena pijak"(ceh pandai-pandai je nak perasan esah ni). Tapi sekarang kalau nak merajuk mengade semua macam tak seswai lak. Lepas tu mesti Fir pun dah macam "suka hati kau la nak merajuk ke hape..kalau merajuk sendiri gak yang rugi nanti balik kerja kena naik bas"....
Oho berani dia nak suruh I naik bas eh.Tak nak kawin kang baru tau....Eleh esah berlagak lak. Nanti Fir cari lain baru tahu...Alaa takdenye dia nak cari lain. I kan cool orangnya....Eh eh berlagak lagi dia ni..*Hish diamla korang berdua..Tolonglah diam. I nak menulis ni*

Sorry for the interruption..Sambung balik. Kesimpulannya (aik baru sambung tiba-tiba dah buat kesimpulan pulak..*Ey bukan kesimpulan tamat la.Kesimpulan perenggan kat atas ni. Tu la korang tadi asyik gaduh je mengganggu konsentrasi I*), Fir adalah baik dan tak throw tantrums.

Tapi Fir hanya manusia  biasa. Dan walaupun dia baik dan penyabar (dengan saya most of the time), dia telah tewas kepada pesalahlaku jalan  raya. Kalau ada orang main potong dari kiri atau main cilok-cilok (tepat ke penggunaan term cilok ni sebab I tak tau. Almaklumlah I tak reti memandu kan so tak pakai la term macam ni), atau makan jalan orang atau potong line orang  sebab tak nak beratur  atau himpit kereta orang semua, maka Fir akan mula membunyikan horn kereta. Bunyi sikit je takpe tau. Ni bunyi yang panjang kira-kira 5 saat...Perggh..Amik kau *&^%!(bak kata Fir sambil mulutnya menyebut juga perkataan  lain yang saya tak tau apakah ia)..Akhirnya..di sini I ada peluang jadi baik. So I diam je sambil cakap sabarlah sayangku. Maafkanlah mereka dan jangan hon lama-lama (Sebenarnya I malu..hahaha..*tiba-tiba je*)

Dia memang paling pantang dengan orang yang tak bersopan di jalan raya sekaligus menyebabkan dia bertukar menjadi orang hijau (Hulk) bila dalam keadaan camni. Maknanya lepas ni kalau I nak dia marah I kena belajar memandu (lesen tak perlu ye..yang penting I reti drive), lepas tu drive pergi ke tempat yang dia selalu lalu bila masa nak pergi kerja and then purposely potong line kereta lain yang nak ke kiri tapi I nak ke kanan (termasuklah kereta Fir). Haha keji sungguh girlfriend anda Fir..

Pesanan khidmat awam:Pemanduan berhemah di jalan raya menyelamatkan nyawa dan Fir takkan bertukar jadi hijau. Terima kasih.

2 comments:

  1. hahahaha..you have too many person inside yourhead laa cik jane..make terlalu banyak diolog sampai saye tatau laa berape orang ade..tapi im quite sure ade 3 orang laa yang bercerite.. hahaha

    all in all, i like this entry (hahaha cham la orang suh i datang critic kan). mmg tak dinafikan fir mmg laaa baek.kejenye gelak saje terhadap ape ape perkara jua..not very many ppl can do that tau..just laugh it off kan.. tapi initidak bermakne anda jahat esah..cume firleneh baek.. hahahahahaha. sorry cik jane..

    and i agree yang relationship mmg kene ade drama sket tuk keep it fresh and best and alive laa.. u know laaa kan how hard to keep the spark sme after years been together..no wonder married couple lagi dull.. hehe..i hope we both takkan turn up boring kan cik jane..so, keep up the little drama!!! (little ey..bukan 3 kali sehari..haha)

    ReplyDelete
  2. tima kasih la aaina..terharu sungguh dgn komen anda..huhu..psl berapa orang yang bercerita tu..nnti2 kte bgtau perkara sbnr..haha..
    ye ye drama tu memang penting.i swear by it..tp agak2 la kan..i'm telling myself benda camni gak.kdg2 kan kte ni terlebih emo..u know me..haha
    babe..u and i won't be boring.ever!kte bdua adalah perfect combo..haha..(hrp2 apis tak baca this)

    ReplyDelete