Saturday, October 17, 2009

Life is Unfair


We often heard of the expression "life is unfair". Is it? How can we resort to saying anything like that in the first place? Life is never unfair.

Answer this. Who gives us this life? Allah. Will He be unfair? No. Never. Allah tu Maha Adil. Itu antara sifat-Nya dalam Asma-ul-Husna.. Kalau tak percaya cuba recite Asma-ul-Husna sekarang….Ada kan al-'Adl dalam tu?

Jadi sekarang ni, soalannya siapa yang tak adil sebenarnya? Who's being unfair now? Biasalah kita manusia ni. Kalau ada apa-apa masalah atau benda buruk yang jadi pada kita, mesti kita nak salahkan sesuatu kan. We need someone or something to blame for whatever misery and suffering we're going through so that we will know how to react to that. Nak marah ke, nak sedih ke, rasa nak pukul orang ke.

Well..in my very humble and not so smart opinion, I really think it's people who are being unfair either to themselves or to others. We sometimes caused our own misery and at times, other people caused it. Same thing happens when it comes to the good stuff. Kalau kita bahagia and gumbira, sama ada kita sendiri yang mencari kebahagiaan dan kegumbiraan tu ataupun orang lain yang mendatangkan pada kita. For instance, nowadays, the rich is getting richer whereas the poor stays poor. It's not because life in unfair that makes them poorer. Kisahnya macam ni, kalau orang kaya jadi makin kaya sebab dia bekerja keras membanting tulang untuk jadi kaya, maka dia memang patut jadi kaya sebab dia bekerja keras. Itu adil untuk dia sebab dia dah berusaha. Tapi kalau dia jadi kaya sebab dia menipu orang, putar belit, menindas orang lain, rasuah dan sebagainya, maknanya dia yang berlaku tak adil sebab dia menyebabkan orang lain jadi susah. Dalam kes ini, kalau ada orang jadi miskin disebabkan perilaku si kaya penipu ni, maknanya bukan hidup ni yang tak adil tapi penipu tu la yang tak adil kan? Kan? Kan?

Lagipun, Allah ada berfirman bahawa Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan kaum itu sendiri yang mengubahnya. Makanya di sini, hidup dalam kemiskinan tu bukanlah sesuatu yang tak adil bagi orang miskin sebab anda mampu mengubahnya. Given the right attitude, efforts, hard work and effortlessly pray to live a better life, Allah yang Maha Adil akan beri kita something good out of it. Sebab itulah saya tak suka sangat tengok cerita Bersamamu. Tak menggambarkan apa yang sepatutnya seorang Muslim (kalau dia Muslim la..) seharusnya buat untuk menjalani hidup di dunia. Allah juga ada berfirman bahawa Allah tidak akan membebani seseorang melainkan dengan kemampuannya. Maka mereka ini seharusnya tahu bahawa something can be done. Bukan tunggu saja orang tahu keadaan mereka and then datang tolong bagi bantuan semua.

However, there is an exception bagi orang kurang upaya. Orang macam tu kita tahu keadaannya dah sebegitu so tak haruslah kalau nak suruh dia kerja membanting tulang semua kan. Sekarang ni I bengang dengan orang yang sihat walafiat tapi tak nak berusaha lepas tu boleh complaint yang life is unfair.

I am reminding myself not to say these three words again. Azam baru ni. Siapa kata azam baru untuk tahun baru je? Tak kisah lah tahun baru Masihi ataupun konon-konon nak Islamik sikit, tahun baru Hijrah. Ni lagi satu misconception yang orang selalu buat. Azam baru tak semestinya untuk tahun baru ok..Azam baru tu bertujuan untuk mengubah diri sendiri jadi orang yang lebih baik. Tak perlu tunggu sampai setahun untuk jadi orang yang lebih baik kan. Tak perlu buat azam untuk berhenti merokok bila nak masuk tahun baru. Buatnya nak masuk hari esok pun tak sempat macam mana?? Jadi kalau anda ada benda baik yang nak dibuat, lakukannya hari ini juga..*cecece..haha..poyo sikit *….

We have to constantly improve ourselves. Tak kisahlah kalau hari-hari kita ada azam baru. Janji kita boleh berubah jadi orang yang lebih baik.

BE A BETTER PERSON TODAY. Pesanan khidmat awam ini disampaikan kepada anda oleh Esahcool.fm

No comments:

Post a Comment