I hate my last two years of high-schooling. It was torture being in a place and among people that constantly punishing you for being different from the rest of the pack. How different was I then? Come to think about it, I was not any different from any of them. Nor are my friends. But somehow they always thought that we were the school's black sheep. Because we didn't behave like the way good girls should be behaving. No way. To hell with that..hahaha..(esah dah mengeluarkan kata-kata kasar nampaknya)..We were having so much fun breaking the hostel rules. Tapi kan, kitorang bukan break the rules macam bawak jantan masuk dorm ke, hisap rokok atau doing drugs ke, curi duit orang dan pelbagai perbuatan jenayah lain. Tak sama sekali. Kitorang cuma ponteng prep (biasalah kan..see??!takdela jahat sangat), lompat pagar (lari dari asrama), bangun lambat pastu tak sembahyang subuh berjemaah (kadang-kadang je), pergi sekolah lambat, conquer bilik study Gamma dan buat macam our gang's very own lair, menderhaka pada pengawas dan warden asrama yang poyo, prank budak laki yang kitorang tak suka sebab dia perasan konon-konon dia hot stuff kat sekolah tu, ambik buah lebih dari dewan makan, tengok tv kat pondok pak guard dan macam-macam lagi benda yang takdela kritikal sangat tahap melanggar peraturannya tu. Disebabkan tu, kami dilabel sebagai budak jahat kat sekolah tu. Jahat bagi girls lah. Talk about double standard kan. Kalau laki yang buat mesti orang akan cakap biasalah tu, boys will be boys. Tapi kalau perempuan yang buat mulalah nak label perempuan tu jahat lah, tak solehah lah, mesti kat luar perangai sosial lah (pergaulan bebas lah kiranya ni..ada ke guna perkataan sosial..buduh kan..guna perkataan pun salah lagi mau tuduh orang bukan-bukan).
Well..maybe I didn't actually hate that school. Just the people in it. Rasa macam it was us against the world. Dalam sekolah yang ramai orang baik-baik (Read: pura-pura baik), kami memang sedikit dipinggirkan. I mungkin tak terasa sangat sebab I was pretty quiet. Orang cuma terkejut je bila dapat tau nama I kena panggil masa kat perhimpunan sebab lompat pagar. Kawan I, Cekna lagi kesian sebab orang selalu assume yang dia bukan budak baik. Because of her appearance, orang tuduh dia otai, trouble-maker semua. Yep..Cekna memang nampak sedikit rock pun dulu tapi takdela pakai tak senonoh pun. Mereka ni je yang singkat sangat pemikiran. Maklumlah asyik dengar lagu rock kapak je kat kampung kot..Tapi ada juga la yang betul-betul baik kat sekolah tu (Read: memang bagus punya budak la). Mereka ni cuma biarkan kitorang je. Tak kacau kitorang dan tak juga defend kitorang kalau ada orang kutuk kitorang. Neutral la kiranya. Bukan budak-budak sekolah je yang buat kitorang macam ni. Warden pun sama jugak. Patutnya sebagai seorang guru mana boleh dia menunjukkan judgement dia pada kita secara terang-terangan kan. Instead of trying to know us dia pun sama je nak mengutuk kitorang. Mengutuk ya..Bukan mendidik macam yang seharusnya dilakukan oleh cikgu-cikgu.. I know lah zaman dulu memang cikgu garang-garang misai tebal bawak rotan sepanjang masa tapi boleh mendidik anak murid sampai berjaya jadi menteri pertanian kat Malaysia ni. Tapi I rasa kalau nak apply camtu pada budak sekolah rendah ok kot. Sesuai lah dengan peribahasa "Melentur buluh biarlah dari rebungnya". Masalahnya masa tu kami dah Form 5 pun. Dah period dah semuanya. Hormon toksah cakap lah kan..Faham-faham sendirilah turun naiknya macam mana. Ditambah pulak dengan rebellious phase. Cuma cikgu yang tak pakai otak je yang tak nak mengkaji otak orang lain (guna psikologi la kiranya..bukan bedah otak ya) supaya dapat faham kenapa we behaved the way we did and how can she help us to be better. Luckily for us, kami ada cikgu disiplin aka ustaz disiplin iaitu Ustaz Kamaruzzaman (yang handsome macam Azri Iskandar..and lagi handsome sebab dia baik) dan juga Cikgu Zamilah yang mengajar subjek Sejarah on our side...Ustaz & Cikgu ni paling baik dengan kitorang masa kat sekolah and never at once they condemned us for behaving the way we did. Sebagai remaja yang rebellious, bila dilayan baik camtu kitorang memang dah paling sayang tahap gaban kat pendidik dua orang ni dan mereka menjadi tempat kami bermanja dan meluahkan masalah yang melanda diri..Maklumlah mak ayah semua kan jauh kat rumah..(ala..jauhlah sangat Cheras dengan USJ tu..huhu)..Selain daripada mereka, seorang lagi individu yang baik sangat ngan kitorang ialah pak guard yang guard sekolah yang kami tak suka tu iaitu Pakcik Saad..(ni kot nama dia..tak ingat lak). Dia kasi kitorang tengok tv kat pondok kecik dia.. Bayangkan kitorang yang sebelas orang ni disumbatkan dalam podok dia sekaligus..Memang tin sardin pun tak sendat macam kitorang. Tapi pakcik tu senyum je..Takde komplen pape pun. Siap nak offer buat air ngan kuih lagi tu..I selalu gak terfikir masa tu betapa bestnya kalau atuk I macam ni..A good sport. Bukanlah I nak cakap atuk I tak best.. I tak tau sebenarnya sebab I tak pernah jumpa atuk I yang belah ayah and tak pernah kenal atuk I yang belah mak dengan lebih dekat sebab the former died even before I even opened my eyes and the latter died when I was very little. But I heard all the nice stories about them..So yeah..I'm sure my datuks memang datuk yang best...Eh terpanjang lak cerita pasal datuk I..takpelah..iklan jap..
Ok..Sambung lagi..In short, my sekolah was almost like hell (ceh macamlah pernah masuk hell..sekali masuk betul-betul baru tau....Hello itulah yang dinamakan figure of speech..poyo la kau ni..Senyap boleh tak?!!)
All in all it's just another day now..(eh eh ter'Lifehouse' pulak)..Sekolah dan kebanyakan orang-orang di sekolah I dulu memang tak best..Tapi baru-baru ni I came across the database that was developed by one of my schoolmates. Dalam tu ada lah contact details of our class of 2002 students dengan what and where they were studying and what's new with them now..Apa yang I nampak dari database tu, most of them studied engineering, all kinds of engineering..electrical, biomolecular, aerospace, and bla bla bla, medicine, biomedics, biotech and all the so-called courses yang gempak la..Courses yang memang tak boleh blah la kiranya. Yang stok kalau-tak-pandai-jangan-berangan-nak-ambik punya course la (panjang giler nama dia)..Courses yang konon-konon akan menjadikan mereka ni bergaji besar bila dah bekerja nanti. Uni mana toksah cakap la. Overseas belaka. Memang pandai budak-budak sekolah I ni rupanya. Memang baguslah diorang ni berjaya. I pun tumpang gembira walaupun diorang banyak kutuk my friends & I masa kat sekolah.
Tapi walau macam mana hebat dan gempak sekalipun mereka ni dengan course medic, science and engineering, I tetap bangga rasa di hati ini dan juga bersyukur dengan course yang I ambik sebab bak kata Robert Frost, "I took the one less travelled by...And that has made all the difference". Instead of science, I chose art. Instead of matriculation, I chose diploma. I was the only one in that school from class of 2002 so far that has taken up communication for my first degree. Woohooo..yay me!!And boy did I learn a lot during my uni years..Even now without all that degree in gempak courses pun I rasa seronok doing what I'm currently doing.. I had my bad days tapi takdelah hari-hari mesti nak post dekat Facebook wall how crappy my job is..Kudos to me..
Pesanan khidmat awam: If you hate your job (or your boss for that matter) so much, just quit and stop bitching..Jangan nak tambahkan dosa sendiri...;p
No comments:
Post a Comment