Monday, October 5, 2009

CERITAS (Plural for Cerita)

Well..hallu peeps..(poyo padahal mas ngan aainaa je yang baca..takyah nak peeps sangat..)

Rindu tak nak baca blog kita?hehe..(nk perasan lagi)

Btw, as you hot gals know, I went for the Stage 3-Assessment Centre, Sime Darby MTP last Friday. I think I screwed it up..Why? Biarla rahsia..cecece...haha..bukanla sebab pe pun cuma I rasa perkara tu agak sukar la memandangkan perkara-perkara yang I ketahuan adalah tidak begitu berkenaan dengan apa yang harus diketahui..make sense tak? In role-play session, I have to act as an HR manager trying to ask one of the company's toughest employee to be willing to relocate to Malaysia after he spent 8 years working in Singapore and at the same time retain him in the company. Bagi seseorang yang tak ambil course HR kat uni, ini adalah sukar kerana manalah saya tau HR punya terms kan..so apa lagi..bantai tyme!! Nak tau apa John dapat if he's willing to relocate and stay in the company? Dia akan dapat;
  1. RM 10 000 as relocation budget. konon-konon to ease his transfer la....(yang ini memang kena dapat sebab ada dalam soalan)
  2. Dapat sebijik rumah yang fully-furnished (Shah Alam area harap maklum)
  3. John's children education will be fully sponsored by the company. Yang ini tetiba I nak rasa konon-konon ada negotiation skill sebab I cakap dengan syarat anak-anak John sekolah kat tempat yang company pilih..hehe..(ala itu pun nak rasa smart ke..entah-entah memang patut pun benda tu..ahh tak kesahla *ignoring the little voice in my head*)
  4. A car (company punya la)
  5. Paid energy and utility bills..(bil air, letrik, telefon, Streamyx, Indah Water semua dia takyah susah-susah nak bayar)
  6. A telecommunication device yang mana bil nya turut dibayarkan oleh company
  7. Increment in his salary..(ini I bagi 10 percent je sebab I tak tau nak bagi berapa..bila I tanya orang yang berlakon jadi John tu dia cakap la "you're not supposed to ask an employee that"...ish nampak sgt la ke"screw-up" nye kan...)
  8. Allowance sama macam the amount that he used to receive back in Singapore..Sing dollar tukar jadik hinggit Malaysia (not bad la kan...??kot...)
  9. Healthcare and dental plan (ni biasa kot..tu pun I tatau whether this is the correct term or not)
  10. Flexible working hours as long as he met with the company's production standard and expectations

So persoalannya di sini..is John a lucky man?

Follow-up question...nak tak kerja kat company I?haha..

Tapi sebenarnye..bukan pasal ni yang I nak ceritakan dalam post ni. Tapi since dah tercerita kan..you gals baca je la yek..

************************************************************************************

Ok..bawah ni cerita yang sepatutnya I nak cerita..

Pada suatu hari, selepas esah balik daripada Sime Darby punya hal tu, dia pun dalam dilema..nak pergi kerja ke nak balik rumah? Teka la esah buat apa akhirnya??

Ye jawapan anda betul..dia naik bas pergi ke Jusco CS dan tengok wayang sorang diri..Teka la movie ape yang esah tonton??

Ye betul lagi...MOMOK THE MOVIE..hebat la anda berdua ni..tahniah..nanti esah boleh belanja biskut Amos yang terkenal..

Kenapa I..eh esah boleh tengok cerita Momok? Esah (tetiba rasa bersalah kat arwah nenek)..no likey hantu momok semua ni..merepek je..tapi dia beli gak tiket movie tu sebab 1) Radha yang pernah esah kenali masa dia kerja kat TGV dulu dan juga orang TGV lain cakap cerita tu tak seram pun.kelakar je. so esah pun orait je la..2) sebab cerita tu yang paling awal start (pukul 3)..yang lain pukul 4 lebih baru nak start..esah nak buat apa pulak sementara nak tunggu cerita tu sebab masa dia beli tiket tu baru pukul 1450..dah la sorang diri je macam tak ada kawan..(damn you former friend sebab buat esah rasa takde kawan seketika..speaking of which, hate entry tak wat lagi ni..takpela..nanti-nanti la..)..3) support barangan tempatan..baik kita menyumbang kepada industri perfileman tanah air..Hollywood tu dah kaya sangat-sangat dah. Kalau orang beli pirate pun dia kaya gak..dia saja je cakap industri dia pun merosot sebab taktik nak jadi lagi kaya..biasala manusia kan buleh jadi tamak..Tapi..kalau cerita yang Fasha Sandha berlakon atau cerita mami,anak mami,bapak mami,nana nini (sorry mas) tanjung semua esah tak nak tengok la..yang tu tak support..kirim salam je..eh tak tak..kirim salam pun taknak...haha..

Radha tipu la..orang TGV semua tipu..kata Momok tak seram!!!(diorang tak tipu pun..diorang tak tengok lagi mana la nak tau kan..tapi untuk bisnes kena la cakap baik punya..konfiden tu penting..so orang cam esah yang senang terpengaruh dengan janji manis para penjual pun berjaya meningkatkan lagi ticket sales TGV tu..*esah drama je*...)..

Ok..esah tengok Momok..takut gak la..dah la sorang diri je..tapi esah kontrol macho..sebab tu dia tak keluar pegi toilet walaupun masa tengah scene hantu pontianak pandang-pandang audience sebab nak kasi effect seram yang berlebihan..takut tu..dia pandang tepat-tepat kat penonton..seram kan..rasa cam in real life je..masa cerita pasal pontianak, esah paling takut sebab pontianak tu menakutkan..dah la pandang-pandang orang..masa tu esah paling berpura-pura kontrol macho dengan cara meng'sms' kat ayah dia tanya khabar, balik kerja pukul berapa semua. Konon-konon mengambil berat la padahal tengah takut tengok pontianak..

All in all it's just another day now..you're falling down what you gonna do..*lagu lifehouse pulak..esah konsentrasi!!*

All in all, cerita Momok tu ok la..score ok..cinematography ok..skrip ok..acting ok..(ceh speak movie lingo now eh..blah la esah)..Pastu dia cerita dalam cerita so esah suka la camtu kan..kelakar memang ada gak la...sedih pun ada..sedih sebab Pak Ajis mereng akibat kematian isteri..nangis-nangis dia cakap Temah jangan tinggalkan aku..sob..sob...sedih la..dah la orang tua..kalau tak rasa sayu dengan keadaan tu memang orang keras hati la tu..orang kata, orang yang keras hati ni senang dapat migrain and sakit jantung..baik pergi check cepat...

Itu la ceritera esah di hari jumaat..ni nak cerita benda lain pulak..

Sabtu yang lalu, I tengok cerita..jeng jeng jeng..teka lagi cepat!!

Ye itulah jawapannya..cerita hindustan yang bertajuk "Fashion". Eh mengapakah tetiba je I buleh layan hindi movie ni..I layan cerita ni sebab I baca dalam wikipedia yang cerita ni best..pelakon-pelakon dia banyak menang award sebab berlakon dalam Fashion ni..so I pun tengokla..cerita ni pasal Meghna iaitu Priyanka Chopra yang beraspirasi nak jadi supermodel..now I know why dia jadi Miss World....Sebab dia lagi cantik dari Angelina Jolie..huhu..ok..Meghna nak jadi supermodel so dia kena berusaha la mengejar cita-cita..This movie tells us what's happening in the modelling industry..the good and the bad..macam mana model-model ni kena berusaha memasarkan diri..walaupun diorang cantik tapi kalau strategi to get to the top tu takde memang susahla nak naik taraf..kena pergi bersosial, networking, know the right people, kena ada attitude and macam-macam lagi la..maknanye susah gak la nak jadi model ni sebenarnye..the cliche is at first this Meghna started out small..tak laku, dapat gaji sikit semua..lama-lama after some time(selepas berusaha), dia mula jadi terkenal(cam Amos yang terkenal). And then biasalah bila dah terkenal, mula besar kepala tak ingat dunia tak sedar diri semua. Tapi lama-lama pastu sedar la balik..Boring!!Cliche cliche cliche..

Tapi takpe..I layankan je cerita tu sebab bila tengok Fashion ni terasa like I belong there..wahahaha..bukan sebab I ni cantik rupawan sampai leh jadi model. No no no..(I sedar diri ok..). Tapi sebab semua model-model kurus je..so kalau I ada dalam cerita tu mesti takde orang nak cakap "esah kenapa awak ni kurus sangat..makanla banyak sikit, kasi la gemuk sikit..kurusnye..eh kenapa makin kurus ni..bla bla bla...".Rimas tau.. So baik I duduk dalam cerita Fashion tu..takdela orang sibuk nak cakap pasal I kurus semua. Dah rupa bentuk I camni nak buat camne kan..Bukan I tak makan atau starve myself sampai jadi anorexic pun. So tak perlu kot nak cakap macam tu..Ini bukan denial or being defensive ke ape ke..Cuma I rasa selagi benda tu tak mendatangkan masalah pada sesiapa, please leave my kurusness alone kayh..Takyah nak tegur-tegur dia. Sensitif tau..Sebenarnye perasaan orang kurus bila dicakap macam tu oleh orang ramai sama je perasaan cam bila orang cakap "ish kenapa kau ni busuk sangat ni..makin lama makin busuk..kasi la wangi sikit..busuknye..bla bla bla" ataupun "eh kenapa awak ni gemuk sangat ni..janganla makan sampai tak ingat dunia..kasi la kurus sikit..gemuknye..eh kenapa makin gemuk cam badak ni..bla bla bla.."

Moral of the story, orang yang kurus tapi nak mendapatkan that feel-good-about-your-body kind of feeling, sila la tonton Fashion...haha..takde kena-mengena kot..tak kesah la..

I ade nak cerita lagi ni tapi panjang labuh pulak entri ni..kalau jadi baju mesti orang dah kata ni mesti baju pinjam..In this case, entri pinjam..So sekian saja..

Esah out!

3 comments:

  1. pergh super duper panjang kisah sensasi awak kali ni sha. haha kita bace sorang sorang pun tergelak gelak. adoi lah. kita leh bayangkan laa muke awk cmane kalau awk bercerita. hee tp tak sangke yek interview itu adalah sukarman. serta awk menengok muvie juge seorang diri serta muvie yg dituntun adalah seram seraman. kudos!

    ReplyDelete
  2. i feel bad awak rase susah sangat interview awak that day tapi i think what you offer kepade john (john anak mat saleh..)ok je. i especially like the flexihour..sme org kan kunun2 tengah kejar work life balance kan..jadi all and all i think you did good je.. bak kate awak, kalo betul mmg rezeki awak di sane..make akan ade je tawaran menanti..lagipon u did try your very best kan..

    ps:sha, hanis zalikha ade dalam cte momok tue tau..

    ReplyDelete
  3. thanks la korg sbb membaca..smpai abis lak tu..haha..i guess that sime darby thing kalau if it's meant for me, no matter how bad i screwed up kte still akn dpt kan..kalau tak dpt pun takpe..no hard feeling..kte takkan memboikot sime darby tu..huhu

    p/s:tima kasih ats ucapan tahniah awk mas kpd kte yg berani ni..hehe..and aainaa,hanis tu cam lain je dlm movie tu..awk patut tgk juge..hehe

    ReplyDelete