Bertemu kembali (imagine newscaster).
Kali ini saya nak cakap pasal mimpi.kenapa tiba-tiba nak cakap pasal mimpi?Dah tak teringat nak buat hate entry yang asyik pending tu ke esah? Procrastination is really a friend of mine..Maaflah..Saya bukan sengaja. Cuma banyak lagi benda lain yang lagi penting dari membenci seseorang sampai nak kena buat hate entry pulak...I have a life you know..haha..poyo la esah..
Ok..mimpi..Mimpi tu semua orang tau kan..So tak nak la saya cerita panjang lebar jadi wikipedia kat sini untuk define apa itu mimpi..Tapi kan, saya nak letak juga la apa maksud dream tu..saja nak promote wikipedia. Lagipun manalah tau kan kalau satu hari nanti ada orang tanya apa maksud mimpi tu so bolehla korang menjawab dengan penuh rasa rendah diri dan seperti seorang yang penuh ilmu di dada bahawa mimpi atau dreams, are a succession of images, thoughts, or emotions passing through the mind during sleep (yang definisi ni pun wikipedia ambil daripada The American Heritage Dictionary of the English Language, 4th Edition, 2000) *Tengok tu wikipedia pun cite reference dia. Jadi mari semua kita bersama hindari plagiarisme*. The content and purpose of dreams are not fully understood, though they have been a topic of speculation and interest throughout recorded history. The scientific study of dreams is known as oneirology. Itu saja daripada Wikipedia, 2009.
Ok...Sambung balik kepada matlamat asal.
Semalam saya mimpikan perkara-perkara yang pelik tapi mimpi (saudara jauh pelik tapi benar). Biasalah kan. Orang lain pun mimpi perkara pelik juga. Banyak yang saya mimpi semalam *macam antologi mimpi esah volume 10 pulak* cuma yang paling outstanding je yang saya ingat....Saya mimpikan yang Khalid Ibrahim..(ya Tan Sri Khalid Ibrahim itulah..anda tau kan..) sedang berada di rumah yang tak diketahui yang tak ada air sebab bekalan air kena potong (tak bayar bil kot) tapi ada banyak pinggan kotor dalam sink (sebab takde air so tak boleh nak cuci, I guess..) baru lepas memasak spaghetti bolognaise lalu memberikannya kepada Mohizam Shah Dawood Shah..Siapa Mohizam Shah ni? Dia adalah seorang pelajar yang ambil kursus sama dengan saya di uni. Saya pun tak kenal dia sangat. Tak kawan pun dengan dia. Tegur pun tak pernah sebab dia tergolong dalam kategori orang-orang cool dan saya pula adalah nerd. Saya cuma tau 3 perkara tentang dia saja iaitu, 1) Dia pemain bola sepak (read: Atlit. Selalunya para atlit di universiti adalah berstatus selebriti. Entah kenapa saya pun tak tau. Saya belum sampai tahap URTV lagi) tapi dia main untuk pasukan apa, saya pun tak tau. Orang yang minat bola sepak mungkin tau..2) Dia sudah berkahwin..(good for him) dan 3) Majlis perkahwinan dia keluar kat rancangan Nona dan Khalid Ibrahim datang ke majlis dia...Di situlah korelasi mengapa Khalid memasak spaghetti untuk Mohizam Shah barangkali. Tapi apa perkaitannya dengan saya? Silalah anda yang beritahu saya jawapannya.
Oh ya..Saya kan tak kenal Mohizam Shah tapi kenapa saya tahu nama penuh dia? Sebab saya memang ada kebolehan ni kot. So saya terima saja..No complaint.
Salah satu hobi saya juga ialah mengenali diri sendiri melalui mimpi-mimpi yang saya mimpikan. Saya akan menganalisa apa sebenarnya yang berada dalam fikiran saya, apa perasaan saya, my underlying thoughts and concerns dan sebagainya melalui mimpi-mimpi tersebut. Kan orang sains kata, mimpi yang kita dapat tu adalah hasil daripada pemikiran bawah sedar kita or something like that. Tapi bila bermimpikan Khalid Ibrahim dan Mohizam Shah yang barangkali tak ada kena mengena langsung dengan saya, saya lebih percaya dengan cakap orang yang kata mimpi tu mainan tidur saja. So just drop it esah!!
Biarlah Wikipedia cerita panjang-panjang pasal oneirology. Saya tak kisah. Saya baca je. Tapi saya nak tambah juga apa yang tak ada dalam wikipedia tu. Pasal mimpi dalam Islam. Dari buku Syaikh Imran Hosein, Dreams in Islam (yang mana semestinya beliau dah buat rujukan melalui al-Quran & Hadis) ada mengatakan yang mimpi tu ada 3 jenis.
1) Mimpi yang benar dan baik yang datang daripada Allah dengan tujuan untuk menyampaikan berita gembira kepada orang-orang yang soleh dan yang dipilih oleh-Nya
2) Mimpi buruk yang mana didatangkan oleh syaitan.
3) Mimpi yang datang dari manusia itu sendiri. Bukan daripada Allah ataupun dari syaitan. Jadi silalah baca entry wikipedia pasal mimpi ni..*ish tak habis-habis nak promote wikipedia*
Jadi di sini, jika anda bermimpi gigi anda tercabut malam ini dan anda risau bila orang kata mimpi gigi tercabut ni maknanya ada orang yang kita kenal akan meninggal, maka silalah ingat post ini..Itu cumalah mimpi buruk dari syaitan. Jangan percaya sebab ianya bukan mimpi yang benar. Kalau betul-betul terjadi pun, itu semua adalah aturan dari Allah. Jangan cakap mimpi macam tu beri tanda kematian sebab Rasulullah sendiri tak tahu bila sebenarnya Baginda akan wafat. Mungkin Allah nak uji kita sama ada kita ni beriman ke tak. Jodoh, pertemuan, ajal semua adalah ketentuan Allah. Kita sebagai manusia berusaha dan berdoa saja. Jangan lupa Tuhan ok..
Lagi satu, bila kita dapat mimpi buruk macam tercabut gigi tu (serius horror ok...), adabnya ialah jangan ceritakan mimpi tu kat orang lain. Jangan nak luah-luah perasaan kononnya nak buang rasa risau takut semua sebab bila diceritakan kat orang lain, dikhuatiri akan jadi betul-betul mimpi tu.(Ni memang ada dalam buku Syaikh Imran ye..bukan saya reka-reka tips je) .Kira macam mind over matter jugak la ni. So yang penting doa, doa dan terus doa kepada Allah minta dijauhkan atau jika betul-betul terjadi, berdoa supaya diberi kekuatan menghadapi musibah tu.
Saya rasa saya seorang nerd yang cool..=B..(Segmen EPT seketika)
No comments:
Post a Comment