Tuesday, November 24, 2009

Yang Ini, Liya Yang Tentukan..I Hate That Sunsilk Ad

I used to work in a cinema nearby my house..(nearby??! cuba jalan kaki tengok dekat ke tak)...Hishhh..Ok la..Tak nearby la. Just not that far from my house..About 5 mins drive camtu. Masa kerja kat sana, ada la beberapa perkara yang sebelum ni I tak tau sekarang I dah tau. Contohnya, setiap premis wayang mesti ada lesen hiburan. Kalau nak apply lesen ni kenalah bayar dalam RM10 000 setahun camtu. Maybe lebih kot. Lepas tu cost of operation untuk cinema pun mahal. Projector, sound system dia semua tu nak kena ambil kira juga. Kalau yang ada THX la ape benda sume tu lagi la tinggi kos dia. Pastu kalau satu-satu cerita tu yang tengoknya 2-3 orang je, memang kerugian la untuk cinema tu. Antara movie yang biasanya 2-3 orang je yang tengok adalah....Cuba teka? Salah! Bukan cerita Tamil. Cerita Tamil lah yang paling cepat sold out tau especially Sivaji the Boss..(fuhh..tetiba terjelma dalam ingatan gaya Sivaji dengan spek mata hitam dan kepala botaknya)..

Ok kita lupakan kisah Sivaji. Jawapannya adalah Malaysian movie atau cerita Melayu atau cerita Malaysia. Lebih kurang la. Yang penting ianya dikategorikan sebagai filem tempatan. Bukannya tak ada orang tengok cerita tempatan. Cuma kurang sikit la. Biasanya yang 2-3 orang penonton tu pulak time matinee je. Tapi still kurang la kalau dibandingkan dengan filem gergasi atau filem cikai Hollywood. Asal tajuk omputih je mesti laku.  Tak kisah la cikai ke tak.

Sebab tu popcorn, air mineral, air kotak, air tin, Cheezels kat cinema mahal. Korang janganlah bikin union pulak sebab barang-barang ni mahal sikit daripada biasa.

Lagi satu, setiap cerita baru je mesti akan premiere pada hari Khamis atau malam Rabu, kecuali pada kes-kes tertentu. Time premiere ni tiket akan lebih mahal dari biasa kecuali kalau korang jadi burung awal aka early birds. 26hb yakni Khomis ini, banyak cerita baru akan keluar kat wayang iaitu cerita yang ditunggu-tunggu oleh konon-konon peminat vampire iaitu New Moon, Karaoke, Ninja Assasin dan Jalang (Ini screenings yang dekat MidValley saja ya harap maklum). Cerita Jalang & Ninja I takkan tengok kecuali download dari internet atau mendapat good reviews. Bukanlah I tak nak sokong filem tempatan dengan tak nonton Jalang tapi tajuk Jalang macam sangat jahat la..dulu Bohsia..ni Jalang pulak. Haihh..



New Moon adalah sequel  yang dinanti-nantikan oleh ramai gadis dan wanita serta beberapa orang lelaki. Lepas filem Twilight menyebabkan ramai orang dengan tak semena-mena meminati vampire (kalau jumpa betul-betul agaknya nak minat lagi ke?) terutamanya yang bernama Edward Cullen, New Moon dijangka akan meletup dengan hebatnya di pawagam-pawagam Malaysia sepertimana yang berlaku di US dan beberapa negara lain. Lepas keluarnya New Moon ni, maybe fan club untuk werewolf juga akan muncul sebab Taylor Lautner juga tak kurang hot nye di kalangan gadis-gadis..(Dia tak hot bagi I sebab dia lagi muda dari adik I..giler hape..).. Main attraction for this movie..err...need I say more?
 


Karaoke pulak adalah filem tempatan which has won several acclaims at international stage. Filem arahan Chris Chong ini merupakan filem Malaysia pertama sejak 14 tahun lepas yang telah dipilih untuk ditayangkan dalam Director's Fortnight di Cannes Film Festival tahun ni. Filem ini juga telah memenangi the first ever Maverick Prize in Calgary International Film Festival. Kalau anda suka filem Yasmin Ahmad, you will probably love this as well.

So kita ada 2 cerita yang layak ke finals ye tuan-tuan dan puan-puan iaitu Karaoke & New Moon. Kedua-dua cerita akan bertanding merebut hadiah utama kita iaitu duit si Fir (sebab Fir yang akan keluarkan duit untuk esah tengok cerita ni). Siapa yang akan bergelar juara. Nantikan jawapannya minggu hadapan.

p/s: Saya budak baru belajar camne nak letak gambar dalam entri..giler buta IT I ni (eh apasal macam bunyi pantun je ni)








2 comments:

  1. ala sha, kelakaa laa entry awk ni! tetibe kte rase cam tgh tgk melodi lak. haha awk tau tak, kte siap bace entry awk yg ni kuat2 suh rina dengar. eh, mmg saling tak tumpah bunyik die cam melodi lah. haha

    ReplyDelete
  2. kte nk praktis skill journalism ni mas.so kena la bunyik2 cam melodi sikit..haha..awk bc kuat2 kat rina ke?i shy la mas..:p

    ReplyDelete