Thursday, November 5, 2009
Kaya lah sangat kan – Episode 1...
Seronoknya hati lepas kekenyangan. I had creamy seafood pasta for my early dinner..Yum yum..Kenyang yang amat sampai rasa macam mabuk pulak sebab tak boleh nak jalan betul-betul dan asyik terhuyung-hayang. Ish ish ish tak senonoh betul esah ni. Tapi seriously memang memabukkan bila makan sampai paling kenyang dalam dunia. Yang paling memorable ialah masa Fir and I makan dekat Bubba Gump Shrimp Co (ini kot nama dia..I pun dah lupa). Memang kitorang dah paling membuat onar dekat situ sebab perangai macam orang mabuk.. Bukan mabuk arak tu.. Ini mabuk yang halal punya iaitu mabuk kenyang...Ey mabuk pun ada yang halal. Jangan tak tau lak. Mabuk cinta, mabuk laut, mabuk kepayang, mabuk lalat (saudara dengan pening-pening lalat tapi lebih kritikal), mabuk rindu dan macam-macam jenis mabuk lagi la...Tapi kalau mabuk cinta sampai dah buat bukan-bukan antara laki perempuan dah jatuh jadi mabuk haram jugak la..Eyp sudahlah esah..Sibuk lak nak cakap pasal mabuk...
Kesian orang yang ada di negara yang dilanda kebuluran sebab tak pernah rasa macam yang I rasa. Sebab itulah I sangat menghargai benda yang dinamakan makanan. Kalau makan mesti habis. Itu prinsip I kalau makan. Kalau tak habis, mesti dihabiskan jugak oleh orang lain aka Fir..huhuhu..
On our way back home, kami telah menghabiskan masa berkualiti dengan berbincang tentang perkara-perkara yang bermanfaat. Diskusi kami petang tadi adalah berkenaan orang kaya yang miskin dengan manners dan nilai-nilai moral. Kata Fir, semakin orang tu kaya, semakin kurang lah nilai-nilai moral dia. Tak semua tapi rata-ratanya begitu. Bagi mereka ni, apa yang penting bukan orang lain tapi diri sendiri. Jadi tak kisahlah sama ada apa yang mereka buat itu betul atau tidak, yang penting hati mereka puas dulu. Banyak yang I nak cakap lagi tapi....1) I lupa nak cakap apa..Kalau tak duduk depan computer memang asyik ingat je. Bila dah computer depan mata tiba-tiba pulak diserang temporary amnesia. So nanti lah I sambung dalam Episod 2 bila amnesia I dah sembuh...2)Komputer I dah panas..Takut lak meletop *tu lah esah main game lama-lama lagi*....3) I nak turun makan nasi pulak..
Babai
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment