Saturday, November 21, 2009

Alahai Sayang Ni Takut Rupanya

Sosok tubuhnya yang sasa nampaknya telah menipu diriku yang selama ini selalu mengatakan "Beranilah awak ni Fir...". Rupa-rupanya dia takut bila dengar cerita pasal pontianak yang diceritakan dalam kereta masa tengah drive waktu malam..

Kisahnya begini..semalam Fir dengan I dua-dua kena balik lambat sebab I have to prepare for a big meeting on coming Monday and Fir lak buat kerja dia yang biasa pasal ekonomi negara semua lah..Malam tu dalam pukul 7 lebih Fir sampai office I. I cakap dengan dia tunggu dekat surau terus lepas Maghrib baru gerak..

Lepas Maghrib kitorang pun gerak.

Dalam kereta..
Me: Jom gi beli barang jap
Fir: Beli ape?
Me: Beli makanan kucing
Fir: Okie dokie

Then kami singgah la di pusat membeli-belah yang berdekatan..(Memang dekat pun..Siap boleh jalan kaki lagi. Tapi selalunya I tak nak jalan kaki sebab sayang kalori I dibakar begitu sahaja..)..Sampai je dekat mall tersebut I pun pergila menuju ke tempat yang boleh membantu mencapai matlamat I tadi.  I pun shop like crazy kat situ. Nasib baik tak crzay sangat. Bolehlah I pergi express lane sebab hanya membeli sepuluh barang je. Siap kira lagi nak tengok sama ada menepati kriteria express lane ke tak. Mungkin I terlalu over mengira sampai akak cashier gelakkan I ataupun I nampak sangat bimbo sebab macam tak reti kira sebab tu kena kira dengan bersungguh-sungguh ataupun mungkin sebab semua yang I beli tu makanan kucing. Yang bukan untuk kucing ialah air mineral dengan pocket tissue je. Tapi maybe bukan I yang dia gelakkan kot. I je yang perasan lebih pastu paranoid pulak...

Lepas membeli-belah semua kami pun nak balik la. Masa dalam kereta entah macam mana terkeluar pulak cerita pasal hantu semua. Biasalah mula-mula memang start dengan topik yang bukan hantu sebab seriously..hantu bukanlah our favorite subject to talk about. Fir cerita pasal hantu, I pun cerita pasal hantu jugak. Lepas tu Fir cerita pasal hantu lagi. I pun cerita pasal hantu lagi jugak la. I cakaplah dengan dia sebenarnya pontianak tu hantu dengan anak. Dia macam tak percaya je dengan apa yang I cakap tu. So I pun bagilah dia contoh-contoh cerita pontianak semua. Lepas I dah cerita-cerita semua Fir pun cakap,
"Ok lah sekarang cerita pasal lain pulak"
Me: Cerita pasal hantu lain ke?
Fir: Tak. Tutup cerita hantu. Sekarang topik lain pulak
Me: Nape lak? Awak takut eh? (Masa I cakap camni maybe I telah buat satu muka yang psiko macam muka hantu kot..)
Fir: Hey buduh jangan tanya camtu la. Orang dah takut ni. Dah la tadi masa sayang cerita muka sayang semua macam pucat je. Lepas tu ada lampu-lampu jalan lak. Macam seram la
Me: Muka kita pucat ke tadi. Tak perasan pun. Awak takut ke? Hahahahahahihihihi..(agaknya masa I ketawa yang paling tak boleh nak tahan ni I telah terbunyi mengilai macam pontianak kot)
Fir: Sayang janganlah ketawa camtu..Bencilah (Sumpah muka dia memang serius masa ni)
Me: Keep laughing/mengilai

Fir semakin restless nampaknya

Me: Awak ni bengonglah. Kita kan baru sembahyang Maghrib tadi. Hantu mana ade sembahyang Maghrib
Fir: Manalah tau tadi memang sayang yang sembahyang. Lepas tu sayang yang sebenar tertinggal kat Carrefour tadi. Dah la kau gelak cam pontianak tadi. Saja je buat camtu kan
Me: Mana ada aku gelak cam pontianak. Awak tu je yang penakut lebih
Fir: ADA!! Saja je nak takutkan orang

Apalah Fir ni..Suka je nak buat comel macam tu..

I sampai rumah je adik I membebel "Beli makanan kucing je ke? Makanan manusia tak beli pulak.."

Kita memang tak boleh nak puaskan hati semua orang.

No comments:

Post a Comment