Saturday, May 8, 2010

Jerawat Yang Annoying

Jerawat memang annoying. Siapa yang suka jerawat kan?  Mungkin ada tapi I tak pernah jumpa. Tapi mungkin juga Fir sebab dia pernah cerita kat I yang masa dia sekolah dulu muka dia memang licin dan jambu. Tapi disebabkan tak nak sinonim dengan gelaran jambu itu maka dia pun berusaha lah untuk menjerawatkan mukanya supaya tampak macho sikit. Tapi last-last amik kau muka dah banyak jerawat. Tapi tak kisah la. I sayang dia juga. Dia tetap jambu batu idaman hati I yang I suka makan dengan asam.

Jerawat adalah menjengkelkan lagi-lagi kalau ia hadir tatkala kononnya esok ada some sort of a big day for us. Contohnya macam kenduri ke, party ke, nak keluar on a date ke, mesyuarat dengan si kacak di office ataupun hari kahwin ke. Ahhh tidaaakk. Benci jerawat!!

Tapi, bagi I jerawat lebih annoying plus sedikit hina (amboi cantiknya bahasa) jika ia tumbuh kat tempat-tempat seperti berikut:-
  • Atas hidung, bawah hidung, tepi hidung dan juga kawasan-kawasan sekitar hidung. Yang pasti hidung.
  • Ketiak (oh..extra hina)
  • Cheeks (every possible cheeky areas available on your body..oh ini sangat dasat jika area yang dimaksudkan adalah selain daripada muka)
  • Belakang badan
  • Right in the middle of the forehead..(attracts too much attention like hello-I'm here!!!-can-you-see-me kind of attention)
  • Right in the middle of the nose (hidung lagi..boleh jadi macam ting tong aka doorbell bak kata Fir)
  • Bawah bibir (nampak macam orang suka mengumpat je..Tapi at least kat bahagian ni you can get a little creative dengan cara menutup jerawat menggunakan mascara atau eyeliner..ala-ala Siti Nurhaliza gitu)
  • Belakang telinga
Ada tak tempat-tempat lain yang I tertinggal?Takpela. Kalau ada, bak kata Nabil yang tak berapa nak lawak tu, lu pikirlah sendiri.

Oh ya sebelum terlupa, jerawat-jerawat ini tiada kaitan dengan yang hidup ataupun yang tidak hidup. Cuma imaginasi penulis semata-mata..Keh keh keh..

1 comment:

  1. Ala sha muke awk tade jerawat. So jangan lah rasa annoyed sangat. Keh Keh (jugak). :P

    ReplyDelete