Ini bukan cubaan..Ini betul-betul kejadian..I tengok Oprah dekat Hallmark Channel tadi. Almaklumlah sekarang sudah bergelar penganggur so kerja I tengok TV je lah. Jadi couch potato memang best. Korang try la sekali sekala.
Ok..Cerita pasal topik Oprah hari ni, dia cerita la sikit-sikit pasal sex appeal ni.Kenapa dia cerita? Suka hati dia kot. Dia cuma bagi preview sikit pasal science of sex appeal ni. Kalau nak tau lebih lanjut kenalah tengok dekat Discovery Channel. Tapi I rasa kat DC Asia tak keluar lagi kot. Entahla. I pun tak tau sebab bukan selalu tengok DC ni..hehe..
Guest Oprah ada cakap la kan, dalam kita semua memilih teman atau pasangan kekasih cinta hati semua ni, sebenarnya ada pattern tertentu kenapa kita pilih orang tu. Dari segi bau la, nada suara, rupa paras toksah cakap la. Memang konfem-konfem menjadi kayu ukur jugak. Faktor lain pun ada jugak contohnya dari segi kerja, duit, family semua. Tapi faktor biologi pun menyumbang jugak kenapa kita pilih seseorang tu. So lepas ni I tau la kalau ada orang cakap pilih pasangan tak tengok fizikal dan paras rupa sebenarnye diorang tu konon-konon je. Antara benda lain yang I tau dari show kali ni yang I nak share dengan hangpa semua (eh cakap Kedah pulak) adalah seperti :
1) Perempuan yang tengah mengovum (ovulating) lebih nampak menarik berbanding masa dia tak ovulate. Maknanya bila tengah subur tu perempuan memang paling da bomb la time tu.
2) In nature, kita akan terdorong untuk pilih pasangan yang perfect physically untuk kita. Maknanya orang tu mungkin sangat hensem atau jelita daripada kita. Tapi lepas orang tu dah dipilih oleh orang lain atau dah suka orang lain, maka kita akan settle for less tapi still dalam range fizikal yang kita nak.Sebab tu orang cakap sedap mata memandang instead of tak la cantik jelita sangat. Maknanya orang tu still tak jatuh dalam kategori tak hensem atau jelita untuk kita. Kiranya orang yang kita pilih untuk jadi pasangan kita ciri-ciri dia sama macam kita. Kalau kita pilih orang kacak/jelita adalah sebab kita pun rasa kita kacak/jelita juga.
3) Ciri general untuk tunjukkan sama ada orang tu muka dia jelita atau kacak adalah dari segi golden ration dia. Perfect golden ratio ialah 10. Apa menatang golden ratio ni? I bagitau short form je. Kalau nak long form pergi google. Golden ration ni macam ukuran sempurna untuk architecture, paintings, art semua. Kalau dari segi muka, golden ratio ni ialah ukuran nisbah muka kita yang dibahagi kepada 3 bahagian. Kesemua 3 bahagian ni mesti sama ukuran dia. Lepas tu adalah ukuran dia yag lain-lain lagi. I ingat yang 3 bahagian tu je. Setakat ni, selebriti Hollywood yang paling tinggi dia punya golden ratio adalah....jeng jeng jeng....cuba teka....Salah la. Bukan David Letterman okeyh...Jawapannya, Brad Pitt..Ok la ok la..Klik sini kalau nak tau sangat pasal golden ratio ni. Kang tak bagi tak lalu makan pulak.
4) Kenapa ada orang sanggup pilih orang yang kurang kacak atau kurang jelita tapi kaya? Sebab dia dah menggantikan kriteria kacak/jelita tu dengan duit. Duit tu macam substitute la untuk faktor biologi tadi. Sebab tu jugak la antara perangai keji mak datin ialah mempunyai affair dengan lelaki muda yang gorgeous tapi bersuamikan datuk-datuk yang boroi dan mempunyai penyakit jantung..Hahaha
5) Bau yang dihasilkan oleh perempuan semasa tengah ovulating akan menghasilkan sejenis bahan kimia yang dipanggil sebagai copulins. Copulins ini akan membuatkan perempuan yang kurang jelita seperti I tampak jelita di mata Fir. So tak payah spend banyak sangat on perfumes. Sila check kitaran haid anda saja dan bajet hari apakah yang anda paling subur. Make full use of it.
6) Perempuan cantik MEMANG senang to get away with things dan hidup diorang tak la miserable sangat pun. So lepas ni kalau ada perempuan yang nak cakap ingat senang ke jadi perempuan cantik ni asyik kena fitnah, skandal, kena ngorat, kena kongkong, boyfriend cemburu tapi I cintakan dia sangat-sangat, orang asyik panggil bimbo je tu, sila tampar dia untuk kasi sedikit reality check.
7) Bagi yang bakal ada anak (attention: tunang Hapis & tunang Adly), sila ajar anak anda supaya tak jadikan kecantikan tu the only thing that matters sebab nanti dia akan fikir untuk bergantung pada rupa paras semata-mata. Bila dah besar dia akan malas belajar, sibuk nak masuk AF and can't handle aging well.
8) Dalam Oprah show tadi juga ada discuss sikit pasal apa yang perempuan ni nak sebenarnya. Perempuan sebenarnya nak diri dia ni desirable by others and most importantly, they want to be wanted SOOO MUCH by someone they want. Sebab tu kita pakai cantik-cantik, mekap semua sebab kita nak orang lain nak kat kita. Make sense much? Haha..Ini apa yang orang putih tu kata la hasil daripada research dia. Semua yang lain pun orang putih kata juga so semua ni bukan datang daripada I ye harap maklum
Ada lagi benda lain tapi I dah tak ingat. So lepas ni kalau lah DC Asia tayangkan dokumentari bertajuk The Science of Sex Appeal, silalah tengok. Jangan bila tengok atau dengar perkataan sex je terus nak beranggapan yang ia membawakan konotasi buruk dan lucah serta tak sesuai dengan budaya ketimuran.
Tapi ini semua on the surface saja based on the scientific researches that they conducted. Orang kata yang penting hati. So kena tengok faktor hati jugak la kan. Hati ni kan abstrak (hati yang heart tau bukan hati yang liver tu ok...yang liver takde kena-mengena kot). Yang penting hati tak buta..=p
heee..esah..tunang adly sape ek..heheh...
ReplyDeletedlm dunia nie kite rase adly la palengg hensem..sgt poyo kenyataan ini..hee..
kite harap dia jadi penawar terbaik untuk segala penyakit yang kite ade..
love is msytery..can't explain by the theory..
love our friendship..:)
haha sha! me like ur post! sgt menarik perhatian tuan terhadap perkara di atas ye nampaknya (cewah ayat mcm surat rasmi gomen). ni semua terpengaruh ngn awk la ni. haha
ReplyDeletep/s: camni tanak pakai makeup lah. nampak sgt kte nk org tgk kt kte! haha bye bye estee lauder. bye bye body shop. me dun need u enimor :p haha
sha, i like this one too (not because awak letak kite jadi cameo tuk entry awak nie, obviously :p)
ReplyDeletekite suke variety dalam blog anda memandangkan ia juge berinformasi, so takdelaaa orang melabel awal diari of a hsewife kinda blogger. jadi, keep it up!!chewaaahh
tima kasih la ats credit dr anda sume..hehe..
ReplyDeletejoy: kte phm perasaan awk..kte pun rs fir lg hensem dr brad pitt..hehe
mas: awk pun org gomen ye mas..jgn tanak ngaku.hehe..mas sampaikah hati awk tanak bli estee lauder ngan body shop yg best tu
aainaa: naa awk akan kerap jd cameo dlm blug kte so jgn risau..hehe..kte paleng terharu dgn sokongan anda sume ni..hehe..dan doakan kte tak jd that kind of housewife..hehe