Friday, January 15, 2010

Adikku Bukan Adikmu

Tapi kamu melayan adikku seperti adikku adalah adikmu..

Fir ku, terima kasih sebab tolong hambikkan adik I dari kolej semalam. Dah la kena keluar waktu malam, lepas tu kena pergi sampai ke Nilai pulak tu. Terharu sungguh diri ini. Memang boleh menjadi incik contoh boyfriend pada semua gadis-gadis di luar sana. Contoh boyfriend ye. Bukan boyfriend harap maklum. Fir I punya je..Hahaha..

I rasa itulah the biggest favour yang I minta dari Fir kot memandangkan Fir bukanlah seorang yang keluar di waktu malam terutamanya bila dia memerlukan rehat yang cukup selepas pulang dari kerja supaya proses tumbesarannya berjalan dengan baik.

**************************************************

Pada 2 malam yang lepas iaitu malam Rabu, dalam pukul 11.39 malam adik I yang si jantan balik dari rumah dalam keadaan berdarah dan luka-luka badannya. Dia kejutkan mak I yang tengah tidur untuk bagitau yang dia accident.
Adik I kena hit-and-run you allz.. Sungguh tak disangka-sangka. Adik I naik motor lepas tu entah macam mana ada kereta tak bagi signal nak masuk simpang lepas tu langgar dia lepas tu lari je. Jatuh ke bumi la adik I tu. Lepas jatuh tu pulak, bukan ada orang lain yang dekat sekeliling tu nak tolong adik I bangun. Nak kata diorang tak perasan tak mungkin la kan sebab tempat kejatuhan tu dekat-dekat dengan kawasan food court. Diorang lagi suka tengok adik I berdikari kot. Takpun diorang ingat adik I tu mat rempit sebab tu diorang takde rasa kesian nak tolong. Agaknya mereka ni fikir yang adik I ni mat rempit so-tak-payah-la-kitorang-nak-tolong-siapa-suruh-kau-merempit kot. Tapi itu semua tidak benar. Adik I bukan mat rempit. Janji!! Ini bukan denial ye. Memang adik I bukan mat rempit. Dia cuma seorang mat yang suka keluar malam minum-minum kat kedai mamak dengan kengkawan je.

So adik I pun bangun la sendiri. Angkat motor dia lepas tu duduk kat tepi jalan dan call kawan-kawan dia untuk hantar balik rumah. Lepas balik rumah hantar motor, kawan-kawan dia pun bawak la dia pergi klinik. Sekarang adik I dah boleh dipanggil mat bungkus untuk sementara waktu sebab badan dia tengah dibungkus-bungkus oleh bandages untuk balut semua luka-luka. Jangan risau pasal motor dia sebab motor dia tak cedera teruk. Cuma kemik (or kemek??macam mana nak eja ni...), tercabut side mirror dan beberapa parts lain yang I tak tau namanya.

Disebabkan keadaan adik I yang macam tu maka sukarlah untuk dia drive kereta untuk ambil adik I yang lain pulak balik dari kolej dan juga adik I yang lain balik dari kerja (banyaknya adik esah*abaikan*). Ayah I dan adik I yang lain pulak balik JB sebab pakcik I meninggal hari tu. Jadi, Fir pun dengan baik hatinya mengambil alih la tugas-tugas para lelaki kat rumah I ni dengan mengambil adik I dari kolej walaupun dia sedar bahawa dia kena drive waktu malam dengan matanya yang tak berapa nak nampak. I rasa I dah curi sikit waktu tidur dia semalam

***************************************************
Among the things that I love about him is that he is a selfless person and I can count on him. Sebab tu dia put up with his nonsense colleague..I can't stand that woman walaupun I tak pernah jumpa dia *takde kena-mengena sikit*...

Apakah tujuan penulisan semua ini??
Saja nak perbanyakkan entri walaupun isi kandungan agak kurang berfaedah. Maaf la membuang masa korang sikit..Hehe...

Adios peeps!!

3 comments:

  1. nice...i've read a few of your post...n i think u can be a good writer...freelance maybe?

    ReplyDelete
  2. sapakah dean?

    wah, terharulaa kite ngn fir walaupon die bukan bf kite.. tahniah pade anda (pada anda tau plainjane bukannye fir.. haha) kerana berjaya memiliki such a good catch.. :)

    ReplyDelete
  3. dean cain kot..thanks dean..saya budak br belajar and still have lots to learn..:)

    aainaa: adakah maknanya i'm not a good catch?haha..kesian fir

    ReplyDelete