Monday, May 24, 2010

Fikir Tajuk Sendiri La Ye

Selamat hari Isnin people..Mulakan pagi anda dengan senyuman..What the..???!! Dah la I lambat hari ni sekaligus mencipta satu rekod baru. First time punch card I kaler merah hari ni..Bangga sekali diriku kerana berjaya membusukkan reputasi diri sendiri..muahahahaha..(gelak keji dulu).

Walaupun hari ni hari Isnin yang mana biasanya sindrom malas bekerja tu amat jelas kelihatan terutama dalam diri esah, tapi Isnin kali ni berbeza sikit dengan Isnin sebelum ni..Esah amat bersemangat bekerja hari ni (yang kau update blog ni kira semangat kerja sangat ke esah oii??)* Ey shut up you annoying inner voice*..Mari sambung ayat I yang tak sempat habis sebab ada gangguan seketika tadi. Hari ni I semangat sikit sebab dah masuk gaji. Yayyy!!!!!

Tapi I jamin yayy I tu akan bertahan sekejap je sebab lepas ni nak kena bayar hutang, bil, bla bla bla..Lama-lama habis sekelip mata je..Oh sesungguhnya I sangatlah iri hati (jealous??..please..so not me..) dengan Paris Hilton sebab tak payah kerja sangat pun dah kaya..Tapi tak kisahlah..At least I kurang bangang sikit dari dia..(haha..ampunkan esah atas kekasaran bahasa).

I'm not exactly financially savvy but I watched Suze Orman occasionally. And Oprah too..Among few tips that I got from watching them are:-
  1. Plan your expenses - Teramatlah mustahak nye perkara ini sebab janganlah anda rasa anda tu pandai sangat berbelanja sampai tak perlu nak plan. Kalau plan tu tak penting maka takdelah bahagian Bajet kat MOF ni kan...
  2. Track your spending - Maknanye sediakan la buku kecik and tulis segala hape benda yang korang beli kat dalam tu. Tujuannye supaya kita tahu duit kita tu pergi mana. Dia jalan-jalan pergi Mid Valley ke, tengok wayang banyak sangat ke, mencekik Nando's (sedapnya.yum..yum..) hari-hari ke. Jangan malas. Kalau korang malu nak tulis sebab nanti orang kata korang poyo ke ape ke kan, senang je. Janganlah tulis depan diorang. Tapi harus diingat, daya ingatan anda mestilah kuat untuk ingat balik apa yang anda dah belanjakan..
  3. Jangan buat-buat lupa bayar hutang - PTPTN, loan kereta, loan rumah, credit card dan yang sewaktu dengannya tu, silalah jangan abaikan kelak ianya akan menghantui hidup anda. True story, someone I know dah hutang credit card RM10 000..Tu tak termasuk kereta dengan PTPTN lagi tu..Banyak giler kosong dia..Tu la asyik shopping and jalan-jalan je..(jahat sungguh anda ni esah..keh keh keh..) 
  4. Pay more than the minimum amount - Khas untuk yang dah ade credit card. Tau la cool kan ada card tu. Main swipe je kan. Tapi janganlah gila swipe pulak sampai nak beli sabun basuh baju pun nak swipe jugak. CC (credit card) companies sentiasa ada cara untuk menggalakkan orang guna CC tapi tak perlu bayar full amount. So diorang akan letakkan minimum amount tu rendah sangat supaya orang fikir mandatori bayar minimum amount tu je. Bila dah bayar minimum amount, maka secara automatic amount yang tak minimum tu korang takkan bayar time tu jugak. Bila tak bayar maka interest akan naik. So secara logika nye bayarlah lebih dari minimum amount atau bayar terus je semua amount tu. (I cakap macam I ada CC je kan..poyo nye esah)
  5. Savings - Mesti mau simpan. Orang biasanya akan simpan duit lepas dah habis belanja semua..Nehi nehi nehi people..Jangan buat begitu dong! Simpan dulu baru belanja sebab kita tak tahu lagi berapa banyak yang kita kena belanja. Walaupun kita dah plan tapi emergency happens. So sendiri mau ingat ye harap maklum
  6. Kereta - Kebanyakan orang sanggup spend banyak duit untuk kereta. Spend di sini bukan bermaksud bikin kereta je. Boleh juga dikira dari segi bayaran yang akan anda bayar setiap bulan tu. Monthly installment ke perkataan omputihnye? I pun tatau sebab I takde kereta. Tapi memang benda alah tu lah. Contoh orang yang spend duit banyak untuk kereta adalah Fir pada suatu ketika dahulu (sekarang dah insaf kot..;p) sebab dia gatal nak pasang spoiler la skirting la dan ntah pape benda lagi kat kereta dia tu. Bukan boleh terbang pun pasang macam-macam tu . Lambat lagi lah I kawin nampaknya..(Ahh sungguh desperate diriku..tidaaakk!!!..)
  7. Rumah - Sila beli rumah yang tak payah bayar down payment yang tinggi, from reliable developer, free SPA and legal fees, freehold, dan menawarkan pakej-pakej yang menarik contohnya ada kasi percuma kabinet ke, air-cond ke ape ke. Enough said.

Bosannye tajuk I. Maafla membuang masa anda semua ye. Secara automatiknya masa I pun terbuang jugak..:p

p/s: Tu la bakal rumah I..Jangan jeles eh
.

    3 comments:

    1. untg la..da la dtg lmbt..pnjg plak post die arini..tp xpe,tips2 yg diberikan sgt berguna..berguna bile diamalkn,kalo setakat bace je,xgune jugak..xgitu?

      ReplyDelete
    2. haha..perli eh??aku amik mood dulu la sbl wat keje..tu yg kasi update dulu tu..hehe

      ReplyDelete
    3. kte tak saba nk tunggu awk bwat hse warming ok.

      dan trima kaseh d atas nasihat bernas anda walaupown dicelop dari sana sini. hee

      ReplyDelete