Monday, April 5, 2010

Leaving My INTIM Memories Behind

Kalau leaving all the memories behind maksudnya nak lupakan terus la eh? Eh silap tajuk ni. Maklumlah esah bukannye reti sangat cakap omputih ni. Saja gatal tak nak guna bahasa kebangsaan. I sebenarnya berniat nak meninggalkan memori kursus yang I pergi minggu lepas supaya minggu ni I dah boleh bersemangat nak buat kerja semula. Tapi nampaknya sedikit mustahil ye untuk berbuat begitu sebab kursus tu sememangnya memorable. Memorable in a sense that it was fun and at the same time it wasn't that much fun. Seronok because I was allowed to forget about work for a week, not so seronok because I was having muscle sore and sakit kaki most of the time. Setiap kali nak turun tangga memang I kena pegang something untuk konon-konon menghilangkan rasa sakit tu. Tak kisahlah pegang orang ke (yang perempuan je ogeyh..), pegang palang yang tepi tangga ke apa ke. Janji something. Kalau nak pergi tandas jangan harap lah I boleh pergi toilet cangkung. Toilet yang seat tu pun I kena pegang toilet tu dulu kalau nak duduk. Betapa sadisnya I masa tu. Kalau ada orang boleh nampak keadaan I masa tu mesti 1) dia akan kesian sikit kat I kot and 2) dia seorang Tom yang suka peep orang lain dalam keadaan yang tak seharusnya (peeping Tom) dan orang sebegini kena cucuk mata dia dengan berus gigi (logik la berus gigi kan kalau dah dalam bilik air mana nak cari kayu pulak kan..)

One thing for sure about this kursus is now I know betapa lembik dan tak fit nye I ni. Padan muka I pun. Malas lagi nak exercise. Nak jimat kalori konon..Last2 lembik cam sayur terlebih masak masa kursus. Sungguhpun keadaan I yang lembik itu begitu memalukan tapi I harus bangga dengan diri sendiri sebab I tak pengsan atau pitam atau hampir-hampir pitam masa buat semua aktiviti fizikal yang kitorang kena buat. Paling-paling dasat pun semput je la. Tu pun tak payah sapu Vicks. Wahahaha kebanggaan diri adalah harus di sini ye..

Dalam penat-penat buat semua senaman asas PTD (poyo!!!), push-ups, sit-ups, crawling hapekebende semua tu, benda yang lebih membuatkan tekanan perasaan semakin bertambah ialah apabila mental kitorang pula di"torture" oleh urusetia kursus. Macam gila la wa cakap lu..*nape esah bertukar mode bahasa pulak ni*, I terasa-rasa nak menyumpah seranah kat diorang semua tapi tak terkeluar lak sumpahan I tu. So sabar dalam hati je la. Mula-mula kitorang kena buat senaman asas poyo tu (diorang panggil lompat tepuk lalat atau PT 10*ceh nama nak canggih je*) sebanyak 30 kali. Lepas tu bila tak sama je kena buat lagi 30. Tak sama lagi buat lagi 30. Lepas tu kasi diskaun jadi 20. Ish urusetia banyak songeh kata tak sama lagi kena tambah jadi 25 kali pulak.Memang la tak boleh nak sama sebab semua orang dah semput. Gila *tut* ke tak kan??Marah tak korang kalau korang di posisi I? Hangin kan..Lepas tu dia diskaun lagi kasi 10. Tak sama buat lagi jadi 15 pulak. I tak tipu korang..Ini betul-betul kejadian yang berlaku kat I.

Urusetia tu semua cakap yang benda alah yang kitorang semua buat masa kursus ni tak seberapa sangat kalau nak dibandingkan dengan kursus DPA yang 6 bulan tu. Bagi I la kan, itu semua ayat klasik je. Saja nak bagi sedap hati. Kalau kita ada chance untuk buli orang kenapa tak nak gunakan peluang tu kan? Itulah yang I rasa diorang semua buat masa kursus tu. Diorang semua dah pernah rasa kena buli kan. Mustahil lah diorang tak terasa nak buat macam tu kat orang lain pulak. People aren't always that kind..Hahaha..

Siapa nak jadi PTD? Silakan dengan hormatnya daftar SPA.

2 comments:

  1. Salam.

    Cik Esah. Firstly, kte nak ucapkan terima kasih kerana update blog awk. U re the celebrity of my heart. I m ur #1 blog fan (u know that haha).

    Secondly. Wah! Kte sungguh tak sangka awk telah berjaya melalui aktiviti fizikal yg sungguh hebat. Walaupun awk terlembik etc. tapi kte mmg paling kagum. Awk mesti paling terharu sbb kte paling kagum kan.

    Thirdly. Kte rasa kte nak pendam je lah hasrat nak jadi PTD. Susah gile sha. Tapi kte mmg respek kat awk la kan. Tahniah!!

    ReplyDelete
  2. cik nona..paleng terharu dah ni..tatau nk ckp pe lg ni..isk isk..(terharu)

    ReplyDelete