Monday, February 14, 2011

Entri Situasi dan Jawapan

Cuba bayangkan satu situasi ni ye kawan-kawan...Satu hari, korang bercadang nak pergi bercuti atas kapal. Ala-ala Pisau Cukur gitu. So korang pun pergi la kan cari pakej paling sesuai dengan bajet lalu menikmati percutian di lautan sambil bersantai dan dihembus sang bayu bagai la kan. Tiba-tiba malang tak berbau, kapal tu dilanda tragedi lalu pecah..Korang mestilah dah jatuh dalam air masa tu kan. Lagi malang tak berbau kebetulan kat laut tu ada ikan jerung harimau..... Tidaaaaakkk!!!Ape korang nak buat? Macam mana nak lari?Kaki pun dah tak jejak tanah dah ni. Oleh itu, silalah berdoa banyak-banyak, mengucap dan redha dengan ketentuan Ilahi.

*Tak bestnya post kau esah* Weh tak abis lagi la post ni.. Kau ni asyik nak condemn aku tanpa usul periksa je.Hish...

Readers (jika ada), sebenarnya, sebelum anda berdoa tu, ada strategi untuk mengelakkan diri korang dari dijerung oleh jerung-jerung sekalian. Makna kata, korang kena la mengikuti panduan ni dulu sebelum berdoa. Kan kita kena berusaha dulu sebelum bertawakal..;p

Semalam I tengok satu dokumentari ni Dalam tu dia cerita pasal survival tips untuk mengelakkan shark attack ni. Selain daripada gadget-gadget untuk mengelakkan serangan sang jerung, satu cara lain yang korang boleh buat kalau berada dalam air yang ada jerung ni ialah dengan berenang dan stay together in a group. Lagi ramai lagi bagus sebenarnya daripada korang berenang sorang-sorang. Jerung ni dia lebih cenderung untuk attack orang yang bersendirian berbanding kumpulan mungkin sebab kalau dalam kumpulan, shark tu akan rasa sedikit terancam dengan orang yang ramai-ramai tu. I guess this thing apply to almost all dangerous encounters. Kat hutan ke, kat mana-mana ke, kalau berdepan dengan situasi merbahaya macam ni, janganlah tiba-tiba nak privacy pulak kan. Tak sesuai. 

Lepas ni, kiranya lah benda di atas ni terjadi pada korang (harapnya tak jadi la kan), ikutlah panduan di atas. Mungkin ia tak 100% berkesan tapi sekurang-kurangnya kita tau apa yang perlu dielakkan.

On a different note but still related somehow:
Ladies, sharks can smell blood in the water even from miles away, including menstruation. So korang mesti faham kan. Jadi rancanglah perjalanan anda dengan baik ye.

2 comments: