Monday, February 21, 2011

Orang Yang Buat Iklan Ni Kelakar Macam Iklannya Tak?

Iklan-iklan ni I tatau la siapa yang merekaciptanya. Apa-apapun kudos kepada mereka sebab berjaya juga menghiburkan hati I pada hari Isnin yang sedikit depressing lagi-lagi bila semalam I tak lena tidur. In fact rasa macam tak tidur langsung pun semalam kecuali pada satu ketika I mimpi kucing gigit tangan I.

Credit:

Macam tak pernah jumpa kat Malaysia je. Kalau gajah pun boleh tercekik apatah lagi I.
















Rasa terhina kot..

Shake it like it's hot bebeh
Gunting pun ada iklan sendiri

Monday, February 14, 2011

Entri Situasi dan Jawapan

Cuba bayangkan satu situasi ni ye kawan-kawan...Satu hari, korang bercadang nak pergi bercuti atas kapal. Ala-ala Pisau Cukur gitu. So korang pun pergi la kan cari pakej paling sesuai dengan bajet lalu menikmati percutian di lautan sambil bersantai dan dihembus sang bayu bagai la kan. Tiba-tiba malang tak berbau, kapal tu dilanda tragedi lalu pecah..Korang mestilah dah jatuh dalam air masa tu kan. Lagi malang tak berbau kebetulan kat laut tu ada ikan jerung harimau..... Tidaaaaakkk!!!Ape korang nak buat? Macam mana nak lari?Kaki pun dah tak jejak tanah dah ni. Oleh itu, silalah berdoa banyak-banyak, mengucap dan redha dengan ketentuan Ilahi.

*Tak bestnya post kau esah* Weh tak abis lagi la post ni.. Kau ni asyik nak condemn aku tanpa usul periksa je.Hish...

Readers (jika ada), sebenarnya, sebelum anda berdoa tu, ada strategi untuk mengelakkan diri korang dari dijerung oleh jerung-jerung sekalian. Makna kata, korang kena la mengikuti panduan ni dulu sebelum berdoa. Kan kita kena berusaha dulu sebelum bertawakal..;p

Semalam I tengok satu dokumentari ni Dalam tu dia cerita pasal survival tips untuk mengelakkan shark attack ni. Selain daripada gadget-gadget untuk mengelakkan serangan sang jerung, satu cara lain yang korang boleh buat kalau berada dalam air yang ada jerung ni ialah dengan berenang dan stay together in a group. Lagi ramai lagi bagus sebenarnya daripada korang berenang sorang-sorang. Jerung ni dia lebih cenderung untuk attack orang yang bersendirian berbanding kumpulan mungkin sebab kalau dalam kumpulan, shark tu akan rasa sedikit terancam dengan orang yang ramai-ramai tu. I guess this thing apply to almost all dangerous encounters. Kat hutan ke, kat mana-mana ke, kalau berdepan dengan situasi merbahaya macam ni, janganlah tiba-tiba nak privacy pulak kan. Tak sesuai. 

Lepas ni, kiranya lah benda di atas ni terjadi pada korang (harapnya tak jadi la kan), ikutlah panduan di atas. Mungkin ia tak 100% berkesan tapi sekurang-kurangnya kita tau apa yang perlu dielakkan.

On a different note but still related somehow:
Ladies, sharks can smell blood in the water even from miles away, including menstruation. So korang mesti faham kan. Jadi rancanglah perjalanan anda dengan baik ye.

Thursday, February 3, 2011

Mimpi Jadi Kenyataan

Oh sungguh cliche tajuk post ni. Tapi selepas mimpi semalam, how I wish it can come true.

Semalam (or maybe pagi tadi sebab I bangun lambat hari ni..yeay!!), I dreamed of this one beautiful dream. Dalam mimpi tu, I konon-kononya masuk satu game show ni and then macam dah menang la kan. So sebagai hadiah, I diberi peluang untuk memilih 6  moments in my life yang I tak nak lupakan sampai bila-bila. Konon macam nak simpan kat somewhere la tu. Macam mana nak pilih moments tu, this game show people diorang akan memainkan satu video montaj about my life. My whole life dari I kecil sampai la dewasa tapi kecil (I'm skinny. So orang selalu cakap I kecik...Get it? Ok, lupakan).

So sepanjang diorang mainkan video tu, I kena tengok betul-betul video tu and kalau ada moment yang I nak simpan, I kena suruh diorang pause the video. So kena 6 kali pause la dalam cerita ni. 1st pause, video tu masa I baby lagi and my parents tengah main-main dengan I. Maklumlah firstborn kan.. Mau tak excited parents I masa tu.

2nd pause, masa my mom tengah jaga I jugak la sambil main-main dengan I. 3rd pause, masa my dad tengah dukung I for my 1st birthday party. My parents face dalam video tu sangat la muda sebab tu I macam percaya je yang semua video tu wujud. Tapi sebenarnya video tu tak ada pun. In real life, yang ada cuma gambar je. Huhu...

After 3rd pause I dah paling terharu dan sentimental pulak. So I pun terus terjaga. Cehh tak sempat nak pilih lagi 3. Tapi kan, bagus juga I tak dapat pilih lagi 3 tu sebab as for me, I can't really choose which moments to remember and which yang nak dilupakan. Every moments count. Good or bad. Contohnya, masa I jatuh dari basikal when I was 7, lepas tu I dapat parut macam bintang 3 kat dagu I. Bila I pergi sekolah, masa tu scabs tu masih ada. So budak-budak laki darjah berapa tah ejek-ejek I tanya "dik, kenapa ada janggut". Bengong. I hated going to boarding school but I met my Geng Oren there. I chose to get  a diploma instead of going to matrics and I found another bunch of besties there and Fir. And then life goes on and on and on. So kesimpulannya, selective moments takde la dalam kamus hidup I.

Tapi, kalau I boleh dapat video montaj tu kan best. It would somehow remind me of how far my life has go and how many people in my life that I have made happy or hurt. And I miss my innocence. Sometimes you don't want to be the bad guy but you just have to. C'est la vie...

Monday, January 31, 2011

KPI of The Month: Achieved

Saya akan update dengan lebih rajin lagi nanti. Banyak sebenarnya perkara yang nak diceritakan. Tapi...Takpela. Yang penting KPI bulan ni dah tercapai. Saya akan berusaha lebih gigih lagi.
(Esah secara tak langsung telah berjaya membuat pembaca blognya tak terasa nak baca blog dia lagi. Maafla yek korang..)


                                       credit: smilingwithdaisy

Monday, January 24, 2011

Ucapan Happy New Year Yang Dah Basi

Esah oooo esah..pekata delete je blog ni memandangkan blog ni dah berhabuk pun..

Maafla..I tak berkesempatan dan dalam masa yang sama bermalasan juga nak update. Bukannya apa....Bila dekat office rasa macam tak appropriate je nak update blog. Tapi bila balik rumah macam malas pulak nak online. So sebagai konklusinya, tak update la blog ni. Tapi disebabkan I ada KPI untuk blog tahun ni iaitu sebulan mesti sekurang-kurangnya 2 kali update, so I update jugak la. Tapi update tak berkualiti la.

I sebenarnya nak cerita pasal masa I pergi kursus pra-perkahwinan hari tu..ecece terasa mau blushing pula..tapi rasanya cerita tu pun macam dah basi jugak..So lain kali la I cerita or maybe never...hehe..Yang pasti sekarang ni I nak achieve KPI dulu.

*TTFN*
(Tata For Now)