Monday, May 24, 2010

Fikir Tajuk Sendiri La Ye

Selamat hari Isnin people..Mulakan pagi anda dengan senyuman..What the..???!! Dah la I lambat hari ni sekaligus mencipta satu rekod baru. First time punch card I kaler merah hari ni..Bangga sekali diriku kerana berjaya membusukkan reputasi diri sendiri..muahahahaha..(gelak keji dulu).

Walaupun hari ni hari Isnin yang mana biasanya sindrom malas bekerja tu amat jelas kelihatan terutama dalam diri esah, tapi Isnin kali ni berbeza sikit dengan Isnin sebelum ni..Esah amat bersemangat bekerja hari ni (yang kau update blog ni kira semangat kerja sangat ke esah oii??)* Ey shut up you annoying inner voice*..Mari sambung ayat I yang tak sempat habis sebab ada gangguan seketika tadi. Hari ni I semangat sikit sebab dah masuk gaji. Yayyy!!!!!

Tapi I jamin yayy I tu akan bertahan sekejap je sebab lepas ni nak kena bayar hutang, bil, bla bla bla..Lama-lama habis sekelip mata je..Oh sesungguhnya I sangatlah iri hati (jealous??..please..so not me..) dengan Paris Hilton sebab tak payah kerja sangat pun dah kaya..Tapi tak kisahlah..At least I kurang bangang sikit dari dia..(haha..ampunkan esah atas kekasaran bahasa).

I'm not exactly financially savvy but I watched Suze Orman occasionally. And Oprah too..Among few tips that I got from watching them are:-
  1. Plan your expenses - Teramatlah mustahak nye perkara ini sebab janganlah anda rasa anda tu pandai sangat berbelanja sampai tak perlu nak plan. Kalau plan tu tak penting maka takdelah bahagian Bajet kat MOF ni kan...
  2. Track your spending - Maknanye sediakan la buku kecik and tulis segala hape benda yang korang beli kat dalam tu. Tujuannye supaya kita tahu duit kita tu pergi mana. Dia jalan-jalan pergi Mid Valley ke, tengok wayang banyak sangat ke, mencekik Nando's (sedapnya.yum..yum..) hari-hari ke. Jangan malas. Kalau korang malu nak tulis sebab nanti orang kata korang poyo ke ape ke kan, senang je. Janganlah tulis depan diorang. Tapi harus diingat, daya ingatan anda mestilah kuat untuk ingat balik apa yang anda dah belanjakan..
  3. Jangan buat-buat lupa bayar hutang - PTPTN, loan kereta, loan rumah, credit card dan yang sewaktu dengannya tu, silalah jangan abaikan kelak ianya akan menghantui hidup anda. True story, someone I know dah hutang credit card RM10 000..Tu tak termasuk kereta dengan PTPTN lagi tu..Banyak giler kosong dia..Tu la asyik shopping and jalan-jalan je..(jahat sungguh anda ni esah..keh keh keh..) 
  4. Pay more than the minimum amount - Khas untuk yang dah ade credit card. Tau la cool kan ada card tu. Main swipe je kan. Tapi janganlah gila swipe pulak sampai nak beli sabun basuh baju pun nak swipe jugak. CC (credit card) companies sentiasa ada cara untuk menggalakkan orang guna CC tapi tak perlu bayar full amount. So diorang akan letakkan minimum amount tu rendah sangat supaya orang fikir mandatori bayar minimum amount tu je. Bila dah bayar minimum amount, maka secara automatic amount yang tak minimum tu korang takkan bayar time tu jugak. Bila tak bayar maka interest akan naik. So secara logika nye bayarlah lebih dari minimum amount atau bayar terus je semua amount tu. (I cakap macam I ada CC je kan..poyo nye esah)
  5. Savings - Mesti mau simpan. Orang biasanya akan simpan duit lepas dah habis belanja semua..Nehi nehi nehi people..Jangan buat begitu dong! Simpan dulu baru belanja sebab kita tak tahu lagi berapa banyak yang kita kena belanja. Walaupun kita dah plan tapi emergency happens. So sendiri mau ingat ye harap maklum
  6. Kereta - Kebanyakan orang sanggup spend banyak duit untuk kereta. Spend di sini bukan bermaksud bikin kereta je. Boleh juga dikira dari segi bayaran yang akan anda bayar setiap bulan tu. Monthly installment ke perkataan omputihnye? I pun tatau sebab I takde kereta. Tapi memang benda alah tu lah. Contoh orang yang spend duit banyak untuk kereta adalah Fir pada suatu ketika dahulu (sekarang dah insaf kot..;p) sebab dia gatal nak pasang spoiler la skirting la dan ntah pape benda lagi kat kereta dia tu. Bukan boleh terbang pun pasang macam-macam tu . Lambat lagi lah I kawin nampaknya..(Ahh sungguh desperate diriku..tidaaakk!!!..)
  7. Rumah - Sila beli rumah yang tak payah bayar down payment yang tinggi, from reliable developer, free SPA and legal fees, freehold, dan menawarkan pakej-pakej yang menarik contohnya ada kasi percuma kabinet ke, air-cond ke ape ke. Enough said.

Bosannye tajuk I. Maafla membuang masa anda semua ye. Secara automatiknya masa I pun terbuang jugak..:p

p/s: Tu la bakal rumah I..Jangan jeles eh
.

    Tuesday, May 18, 2010

    Wajah Untuk Hari Ini

    Wahhhhh...mengapakah..???!!
    Semalam tunang Apis telah call supaya ditukar warna-warna dalam blog ni sebab dia tak boleh baca my blog dalam her brand new Blackberry (sungguh dengki hatiku seketika).

    So taaadaaaa!!!!Boleh baca ke sakarang Aainaa?Inilah hasilnya apabila orang buta IT macam I nak kena tukar layout semua. Memang makan gaji buta je la hari ni. Susah la nak buat benda alah ni..
    *JPA, tolong jangan tangkap saya sebab hari ni kerja saya menukar layout blog saja..;p*

    Monday, May 17, 2010

    Masih Bosan Tapi Tak Boleh Nak Cuti

     Sungguh tak produktif esah hari ni nampaknya..Why oh why??Why me? Why today??


    Bosan dan Nak Cuti

    Berat sungguh rasa nak nak buat kerja hari ni. Ditambah pula dengan batuk-batuk dan semput. Tiba-tiba I rasa rindu pula dengan kerja PKS dulu. Kalau nak cuti, tak payah nak fikir panjang pun. Now that I'm much more than just a PKS, terasa makin bertanggungjawab untuk tak cuti. Not that I'm complaining or I nak cakap bagus sangat kerja I sekarang daripada PKS. Sama je sebenarnya. Selagi I buat kerja and takdelah nak update blog time-time camni dah kira ok la tu kan.

    Ok. Kerja time!(Bosan sungguh hidupku)

    Wednesday, May 12, 2010

    Mungkin Berguna

    Mungkin post ini tak berapa bermanfaat untuk anda semua tapi takpelah. I nak post jugak. It's just something that I know so I tak nak la kedekut ilmu. Hari ni I dah tau beberapa perkara. Mungkin tak penting atau berguna atau mungkin ada orang yang akan kata "ek eleh aku dah tau dah..takkan tu pun tak tau" tapi I nak bagitau jugak (tak kira!!).
    1. Ikan dolfin iaitu ikan lumba-lumba yang semua orang kata comel and rasa nak membunuh je sesiapa yang lakukan kekejaman kat ikan tu sebenarnya bila dia tidur, dia tidur dengan setengah otak dia je. Yang lagi setengah dia akan biarkan otak dia terjaga supaya dia boleh berenang ke atas sekiranya dia rasa cam nak lemas. So kalau ada orang cerita kat korang yang ikan dolfin tidur mati maknanya orang tu tipu la tu.
    2. Orang yang buta sejak lahir tak boleh nampak apa-apa visual dalam mimpi dia. Tapi kalau dia pernah melihat sebelum jadi buta, dia boleh nampak sikit-sikitlah visual imagery tu.
    3. Gene Simmons of KISS pernah jadi cikgu rupanya dan dia pernah didenda oleh cikgu penolong kanan sebab dia replace buku Shakespeare dengan komik Spiderman sebab dia rasa budak-budak memang betul-betul akan baca komik daripada buku tu.
    4. Abang kepada Al Capone ialah seorang polis yang tak mungkin akan suka hati tembak budak 15 tahun sebab ingatkan budak tu seorang penjenayah
    5. Jo bermaksud sweetheart/dear..So boleh la panggil kekasih cinta hati anda semua jo kalau konon-konon nak berbunyi unik.
    6. Fir sangat impatient terhadap pesalah jalanraya.
    Lain kali I tambah lagi kalau I terbaca apa-apa lagi ye. Itu pun kalau ada orang sudi la menerima info-info yang tak berapa nak menarik daripada I ni kan.

    Monday, May 10, 2010

    Ma Mere


    Well..you may think that this post came a little late than it should but then again, I don't really care about what you think (Haha..konon-konon esah nak membuat statement yang gagah la ni..*poyo!!*)..Maaf. Please don't hate me reader (or readers)..:p
    Last Sunday was Mother's Day. But in my family, Mother's Day is just another day where we still ask my mom to cook for us (Saya bukan anak derhaka ye. Cuma kurang kemahiran memasak je. Nanti tak pasal-pasal kena food poisoning lagi teruk. Lagi derhaka kalau buat mak sakit perut..Hehe.. ). But this post is entirely dedicated to that one special person even though she may not going to read this. I love my mom so much. There are no other words that I can say to show her how much I love her. She may not know that I love her that much because I don't really know how to show it. I swear I really don't. For me, the more I love someone, the harder it is for me to say that I love them and the harder it is for me to show them how much I care, love, adore, admire etc. I'm not exactly a person who wears her heart on her sleeves. Yup. That's why I tak kisah kalau orang nak kata I ni teruk ke, takde perasaan, tak penyayang, selfish, sombong, mengada-ngada semua. Truth is, I hardly tell my mom that I love her. Not even mom. Dad too. What kind of daughter am I. Kesian my parents. They must have feel underappreciated. I'm not like my sister who showers them with hugs and kisses every time. But I really love them. My mom and dad. Just that I love them in a different kind of way. A way that they will never know. But I guess they will know if one of them needs a new kidney..(Ceh esah mulut tu tak agak-agak..). God forbid. I pray for their health and happiness all the time. Tapi rasa-rasanya macam my parents lagi sihat daripada I sebab my dad rajin cabut rumput kat rumah and my mom mengamalkan pemakanan sihat.

    Ok..back to my mom..(Cerita pasal my dad I buat next time lah). My mom is a strong woman. She stands by my dad during his hardest times. Offers him support and unconditional love( Cewahh). Melayan perangai adik bongsu I yang paling mengada-ngada dan asyik selalu nak emo. Balik dari kerja masak pulak tu (Kadang-kadang tak masak juga tapi ok la kan daripada I yang balik dari kerja lepas tu makan, tengok TV, tidur je). She tolerates my craziness termasuklah masalah I dengan semut-semut (Walaupun dia cakap I mengada-ngada tapi dia layan I jugak). Mempunyai kebolehan untuk tawaf shopping mall yang mengagumkan bagi wanita berusia 50-an (I lagi cepat surrender daripada my mom)..And..did I mention that she gave birth to 3 cute children and 2 good-for -nothing children (Haha..jahat sungguh esah..*Gurau saja harap maklum. *I sayang jugak la kat 2 orang tu kan. Sayang sikit je..). My mom juga seorang yang lelucon yakni kelakar. Kelakar yang jujur ala-ala Mr. Bean gitu. You know..kelakar yang macam main cakap je apa yang dia nak cakap dan ayat-ayat yang keluar dari mulut dia memang kelakar tapi benar. Adik I pernah bergurau dengan my mom and called her kucing gemuk lepas tu my mom pun balas balik cakap adik I tu kucing jerawat. Lepas tu kalau kitorang tengah tengok TV, ada artis-artis Melayu tak sedar diri yang pakai baju nampak cleavage semua mesti my mom akan cakap "ish ish apalah perempuan ni pakai baju nampak t***k. Awak tengok tu bah…(I sesungguhnya anti sikit dengan the T-word tersebut dan why oh why my mom suruh ayah I tengok aset perempuan lain).

    Mak I sama saja macam mak-mak lain dan kalau I nak cerita panjang-panjang pun, mesti ada orang lain yang cakap ala mak aku pun macam tu juga. So untuk menjimatkan masa kita semua, cukup-cukuplah yang I tulis ni ye. I tak boleh tulis dengan lebih syahdu lagi. Habislah reputasi I sebagai seorang yang tak syahdu.



    MAK…

    I love you and I can't imagine my life without you

    I'm not the best daughter anyone could ever asked for

    But I could never ask for a better mother (than you, of course!)

    I want to make you proud but I know I have very little to offer

    Please..love me still

    And I know you are and you always will
     


    God..please don't ever let me forget.

    Caucincau u ollz!!



    Saturday, May 8, 2010

    Jerawat Yang Annoying

    Jerawat memang annoying. Siapa yang suka jerawat kan?  Mungkin ada tapi I tak pernah jumpa. Tapi mungkin juga Fir sebab dia pernah cerita kat I yang masa dia sekolah dulu muka dia memang licin dan jambu. Tapi disebabkan tak nak sinonim dengan gelaran jambu itu maka dia pun berusaha lah untuk menjerawatkan mukanya supaya tampak macho sikit. Tapi last-last amik kau muka dah banyak jerawat. Tapi tak kisah la. I sayang dia juga. Dia tetap jambu batu idaman hati I yang I suka makan dengan asam.

    Jerawat adalah menjengkelkan lagi-lagi kalau ia hadir tatkala kononnya esok ada some sort of a big day for us. Contohnya macam kenduri ke, party ke, nak keluar on a date ke, mesyuarat dengan si kacak di office ataupun hari kahwin ke. Ahhh tidaaakk. Benci jerawat!!

    Tapi, bagi I jerawat lebih annoying plus sedikit hina (amboi cantiknya bahasa) jika ia tumbuh kat tempat-tempat seperti berikut:-
    • Atas hidung, bawah hidung, tepi hidung dan juga kawasan-kawasan sekitar hidung. Yang pasti hidung.
    • Ketiak (oh..extra hina)
    • Cheeks (every possible cheeky areas available on your body..oh ini sangat dasat jika area yang dimaksudkan adalah selain daripada muka)
    • Belakang badan
    • Right in the middle of the forehead..(attracts too much attention like hello-I'm here!!!-can-you-see-me kind of attention)
    • Right in the middle of the nose (hidung lagi..boleh jadi macam ting tong aka doorbell bak kata Fir)
    • Bawah bibir (nampak macam orang suka mengumpat je..Tapi at least kat bahagian ni you can get a little creative dengan cara menutup jerawat menggunakan mascara atau eyeliner..ala-ala Siti Nurhaliza gitu)
    • Belakang telinga
    Ada tak tempat-tempat lain yang I tertinggal?Takpela. Kalau ada, bak kata Nabil yang tak berapa nak lawak tu, lu pikirlah sendiri.

    Oh ya sebelum terlupa, jerawat-jerawat ini tiada kaitan dengan yang hidup ataupun yang tidak hidup. Cuma imaginasi penulis semata-mata..Keh keh keh..

    Monday, May 3, 2010

    Kissed On The Feet

    Dia tergamak mencium kaki I..Best ke?Siap gigit-gigit lagi tu. Gelinya..Lagi-lagi kalau dekat tapak kaki..Memang geli yang amat.
    Berbaloi ke I bayar RM30 untuk kaki dicium dan digigit oleh ikan-ikan yang rakus makan sel-sel kulit mati kalau 10 minit yang pertama dihabiskan untuk rasa geli-geli dan takut? Kalau nak dikira dari segi duit memang tak berbaloi la sebab I bukan kaya-raya sesenang watak-watak dalam cerita Yusof Haslam atau cerita Melayu tipikal yang lain. But, the experience itself and time spent with my best friends is worth everything.Kesimpulannya, apalah sangat RM30 tu kalau nak dibandingkan dengan rasa syoknya bertemu dan bergosip dengan rakan-rakan seperjuangan masa sekolah dulu. They stand by me through every painful moments I have to endure during my school days. And they still are. Cuma Cekna (aka ketua geng oren) akan kick me out of the group kalau tiba-tiba satu hari nanti I decide nak camwhoring gambar-gambar porno dalam bilik air. Haha..ME??Camwhore??Gambar porno??Oh tidaaakkk..Btw, what's the deal with all these people yang buat macam tu especially university students? High self-esteem pun tak bagus jugak kan. So nasihat esah, tak payah la nak yakin diri sangat kecuali bila kena jadi GPS manual. Kat sini keyakinan tu penting ye.

    Oh ya. Pasal fish spa meh cek nak habaq mai sikit (wah3 esah kuaq ckp utara!!). Fish spa bagi sesiapa yang first time baru nak cuba, adalah dinasihatkan supaya pilih la kolam yang ikannya kecik-kecik lagi untuk mengekalkan tahap kegelian di paras minima. Kalau lagi besar ikan tu kuasa sedutan aka ciuman aka gigitan akan lebih terasa. Kenapa I macam lucah asyik cakap cium cium je ni..I memang rasa cam ikan tu cium-cium kaki I sebab I tengok mulut dia muncung je walaupun sebenarnya dia tengah gigit atau makan kaki I tu. Tengok juga kolam ikan tu kebersihannya terjamin ke tak. Maksudnya kat sini, kolam tu biarlah ada sistem aliran dan cucian kolam yang entah macam mana I pun tak tau nak cakap. Tapi yang pasti jangan pilih kolam yang airnya bertakung ala-ala kolah gitu. Bakteria. Nehi nehi nehi. Dinasihatkan pakai seluar. Jangan pakai baju kurung atau skirt. Kebasahan yang melanda mungkin lebih kronik daripada biasa (Ni apa yang I nampak jadi kat Cekna la sebab dia pakai skirt masa tu). Lagi satu, kalau anda rasa takut-takut nak masukkan kaki dalam kolam ikan tu, adalah perlu untuk tidak memikirkan tentang ikan piranha, jaws atau kaum keluarganya yang lain. Nanti jadi macam I yang buang masa selama 10 minit sebab in doubt and takut-takut. Sebenarnya bila dah lama-lama, best jugak la bila sel-sel kulit kaki dimakan oleh ikan-ikan ni. Cuma kadang-kadang bila ikan dah banyak sangat dekat kaki tu ada jugak la rasa macam kena electric shock. Haha..Lagi satu, kalau anda geli dengan ikan-ikan menggigit tapak kaki anda, silalah pijak lantai kolam tu sebab bila kaki dah kat lantai, ikan tu takde chance la nak menodai tapak kaki anda.. Cuma bersiap-sedia saja la untuk menjadi lebih seksi and to show more skin.*Yeay boleh seksi!!*
    (Gila punye esah)