Wednesday, December 16, 2009

PTD-PAC: To Be Or Not To Be..

Last week I went for the 2nd stage of PTD recruitment process; famously known as PAC. It was fun because I chose to have fun instead of stressing out about the whole thing. Manalah tak stress nye. Banyak orang selalu cakap PAC ni susahla, penatlah, tough la bla bla bla..Bila I dah lalui sendiri PAC tu, apa yang I boleh cakap ialah PAC sangatlah overrated. *Cecece esah cakap cam dah terer sangat je*.. No la. I tau I tak terer pun. Tapi bagi I PAC bukanlah sesuatu yang nak ditakutkan sangat. Asalkan you dah buat yang terbaik, just pray and hope for the best lah bak kata omputih kan. Kadang-kadang kita takut sangat dengan sesuatu yang belum pernah lagi kita lalui and then when the time comes, masa tu kita dah terlebih takut or gabra sampailah kita terlupa untuk buat yang terbaik.

Well, did I do my best masa PAC hari tu? Hahaha..I pun tak tau. Yang I tau ialah I adalah sangat lembik sebab cepat sangat pancit masa buat 2.4km run tu. Dah la masuk dalam kategori the 4th group yang sampai kan..Sedikit malu dengan Fir sebab he was in the 3rd group. Tapi takpelah. Kang I laju sangat kang abis la ego Fir tu..(ala esah cakap nak kasi sedap hati sendiri). Orang selalu cakap orang kurus mesti lari laju sebab ringan..Hell no!! Mereka semua salah. Bukan semua orang kurus fit ye harap maklum. Lebih-lebih lagi si kurus yang kedekut kalori. Memang fail lah bab-bab memfit kan diri ni. Tapi takpelah. Asalkan sampai ke garisan penamatnya. Ada one lady kat situ cakap la dekat kami semua jangan risau lah kalau you finish last sekalipun. Yang penting sekali tak give up. Kalau dah habiskan larian tu je, tuan-tuan dan puan-puan ada 100% peluang nak jadi PTD. Hah!! I kurang percaya sikit tapi terima kasih la puan sebab berjaya juga menyedapkan hati kami-kami yang lambat sampai ni.

Dalam PAC ni ada 3 aktiviti utama yang akan dilalui oleh semua peserta. English discussion, debat ala parlimen dan juga aktiviti fizikal macam 2.4km run tadi. Ini modul baru PAC lah. Kalau modul lama I dengar lagi susah sebab masa dia lebih lama iaitu 3 hari. Seriously speaking, tajuk-tajuk yang diberi untuk discussion dan debat PAC masa sesi I ni kurang menegangkan urat kepala sebab tajuknya rileks je. Untuk discussion, we were given this one situation where our cruise ship was sinking and we should decide which characters should board the lifeboat yang mana maksimum weight untuk boat tu ialah 350kg camtu. My character, I dapat jadi cabinet minister yang beratnya 100kg. So korang rasa I dapat ke naik boat tu? Mestilah tak kan sebab ada orang lain yang lebih perlu diselamatkan dan lebih ringan pulak tu. Lagipun kalau betul-betul lah situasi tu terjadi I tak rasa pun ada orang nak selamatkan cabinet minister sebab dah la berat lebih kurang macam badak pastu tak payah bayar tol, minyak free, gaji berpuluh ribu kot pastu dapat elaun hiburan lagi padahal rakyat dalam negara makin hidup susah lagi-lagi dengan ekonomi tak menentu sekarang ni. Kalau minister tu tenggelam lagi orang tepuk tangan buat kenduri kesyukuran kot...Eh eh teremosi pule esah...(Inilah akibat selalu mengadap Cursing Malay)

Kesimpulannya itulah tajuk diskusi kami hari tu. I sebagai cabinet minister tak dapat naik boat tu pun. I pun pilih tak nak naik sebab nak pura-pura tunjuk baik nak kasi orang lain naik sebab cabinet minister kan memang banyak yang berpura-pura konon-konon faham masalah rakyat..(ish..ish..esah stop it la..kang kena ISA tak dapat nak sambung master)..Tapi lepas I konon-konon redha tak dapat naik boat tu our assessor/fasi tanyalah kenapa minister tak naik. Kan minister penting untuk negara. Lepas tu I sebagai minister yang pura-pura baik cakap lah takpelah saya tak dapat naik. Saya kasi chance kat orang lain yang lebih memerlukan. Something like that la. Pastu boleh pulak fasi tu cakap oh I thought it's just a political gimmick. Ceh dia boleh membaca minda I la...Aha there goes my assessment. (I memang tengah bersiap-sedia menerima kenyataan yang I akan fail this PAC)

Lepas habis diskusi, I terus berjalan sedikit jauh ke blok lain pulak untuk aktiviti debat pulak. Dah la jauh nak jalan lepas tu kena naik tangga lagi. Adoi I memang lembik la..Cis..Sampai je kat aras di mana bilik aktiviti I tu I ada nampak seorang fasi sedang chewing gum dekat situ sambil senyum-senyum or sengih-sengih or apa-apa yang seangkatan dengannya la. Dia tengah gelakkan I la tu sebab muka I termengah-mengah dan kesemputan sambil membawa beg maxis non-woven yang besar untuk isi baju senaman adalah muka yang wajar digelakkan sebab macam huduh. I sebagai seorang perempuan yang tak suka orang pandang I memang la tibe-tibe nak paling control konon-konon dia tak pandang I and I buat macam biasa je. (Tapi dia memang pandang dan tersengih sebab I sorang je kat situ. So dia nak pandang sape lagi. Takkan beg maxis kot.. Jadi I bukan perasan ogeyh..) Dengan muka biasa I tu I pun jalan la kat tempat yang opposite dengan tempat yang dia berdiri tu dan dengan confident nya nak buka pintu bilik tu nak cepat-cepat masuk dengan harapan I tak payah ditengok lagi. Sekali baru nak buka pintu rupanya salah bilik daa...Malu..malu..tu la esah sape suroh control nak buat muka biasa konon!!!!*I imagine I tepuk-tepuk kepala sendiri tanda kebuduhan sebab control sangat tadi*..Memang I kena patah balik and tengok muka dia yang gelakkan I tu sebab dia berdiri dekat depan bilik yang I patut masuk. Nasib baik I dah ada Fir kalau tak I mesti dah poyo konon-konon berlakon dalam romantic comedy dan terfikir bahawa inilah yang dikatakan jodoh..*Euwww*

Esah still nak berlakon buat-buat cam biasa lepas dah terang-terang malu camtu so esah pun cakap la dengan bimbonye.."Eee kenapa dia buat tak buat bilik ni kat sana??". Laki tu sengih la tengok perempuan yang klutz sorang ni..Camnelah kau leh dapat gi PAC ni takde gaya bakal PTD berkaliber langsung...
Turned out dia adalah fasi I untuk aktiviti debat tu..Tajuk debat hari tu ialah "Perempuan Cantik Kurang Cerdik, Lelaki Gagah Kurang Bijak". Haha..Macam cool je tajuk stereotaip ni. Memang sah-sah la kitorang bagi Siti Nurhaliza sebagai contoh..Haha..Sorry to all Siti's fans out there..:p
Sesi debat ok lah. Not bad. I ada la cakap lebih dari 2 kali jugak sebab fasi tu sibuk dok signal I suruh I bangun cakap lagi...Haha..

Pasal aktiviti petang yang lari-lari tu I tak nak cerita lebih-lebih. Depresi seketika sebab kelembikan diri sendiri. Habis saja PAC, family I dan Fir sedia menanti dekat tepi gate INTIM tu.

Yeay!!Boleh mandi manda di pantai dengan senang hati...

2 comments:

  1. wahhh menariknya aktivitas awak kat sane sha! walaupun awk asik je cakap awk lembik, tp mane laa tau awak dapat kan. memang kte tabik spring berkeanjalan tinggi lah kat awk! cant imagine if kte yg g PAC tue kompem jadi kain buruk. lg huduh! haha

    ReplyDelete
  2. takkanla awk jd kain buruk mas..awk kan tabah dan gigih serta bijaksana..heee

    ReplyDelete