Thursday, December 31, 2009

Officially Unemployed by New Year

Finally the day is here..I'm not coming to work anymore after this because I simply hate working..haha..

What's the story?I screamed at my boss because he asked me to do the same stupid thing over and over again. I hate it and so I quit...

Yeah. In your dreams esah!!!

Jangan nak drama sangat eh. Sebenarnya I suka kerja sebab dapat duit...Well the power of money. It makes you love doing the things that you don't really love. If I had it my way, I wouldn't want to work. I just want to simply laze myself off. Berangan, bercinta, bertengok wayang, bertidur, bermakan dan sebagainya yang menunjukkan ciri-ciri kemalasan. Bersukan tidak sama sekali...Haha..Berangan kan esah. Hidup ni manalah sesenang tu. Even if you were born rich like Paris Hilton sekali pun memang hidup tak senang. Asyik kena kejar dengan paparazzi sampaikan bila dia garu hidung pun tabloid akan cakap dia tak senonoh sebab korek hidung di khalayak umum atau pun 'hidung baru' dia gatal..*eh eh tak relevan la esah oi. kau merepek ape ni??!!*

Oh sebenarnya I bukan quit. I habis kontrak hari ni. So tak perlulah bergelar pekerja gomen lagi lepas ni. It was a great experience. I treasure every experience that I get because experience is a good teacher. Jumpa macam-macam perangai orang sampai membuat you curse that person dalam hati (maknanya memang dah bengang gila tapi tak jahat mulut..so menyumpah dalam hati la) ataupun jumpa orang yang sangat baik sampai menangis dalam hati. Tak kisah la orang macam mana pun tapi memang macam-macam jenis orang la. Buat macam-macam kerja sampai kerja cleaner pun I take over sebab I ni sangatlah obses dengan shredder kat ofis I ni. Setiap kali je mesti nak shred. Tapi bukan lah gila sampai kertas kosong pun nak shred kan.

Pokoknya, I enjoyed my time here. My bosses here sangatlah ok, friendly and understanding. Siap kasi I pinjam kasut lagi masa I nak pergi PAC hari tu *sob sob terharu...*. Kadang-kadang je ada yang tak berapa smart sebab selalu tak double check surat lepas tu kena betulkan 2-3 kali..ngee...Colleagues? Toksah cakap. Baik nak mampus..*oopss..pardon my language..hehe*...Sangat baik rakan sekerja I semuanya. So gembira la I bekerja dengan insan-insan ini.

Konklusinya, I gembira bekerja di sini dan bekerja dengan orang-orang yang baik. I will definitely miss all of them...and the money that I used to get every month...


The most sengal boss that I have ever come across..Tengoklah dia poyo je padahal dia yang suruh I ambik gambar dia. Dia sangat kelakar so I will consider of writing about him later..haha




Yang pakai spek, Pn. D. Thank you for the shoes..hehe. Cik Q sangat baik dan berjiwa rakyat dan yang poyo tetap lelaki yang sorang tu



Yang hujung tu Kak Liza tengah marah Faizul sebab Faizul kacau dia masa tengah pose. So I pun tersnap la masa muka dia macam tu..Sorry Kak Liza 




I'll miss them...*waaa....nangis..sob..sob..*




Wednesday, December 30, 2009

Post-Tu tu tu..Ah Esah Jangan Mengade~Straight To The Point Boleh Tak

Ya a a aw..(sila sebut dengan bunyi hip-hop)

Lama sungguh baru nak update kan (atau hapdet). Cerita pun dah basi sikit..Haha..(sorry Aainaa aka tunang Apis).Kesibukan la kawan-kawan. Almaklumla dah nak habis kontrak so mestilah mencurahkan segala keringat untuk boss sebelum mengangkat kaki dari pejabat ni.

Apa lagi nak cakap eh sebab orang lain dah tulis dah psl majlis ni..Korang tengok blug chobaan ngan marieanne je la..haha..dasar pemalas si esah ni

Ok cakap sikit la pasal luahan emosi..hehe..Aainaa akhirnya selamat juga awak ditunangkan dengan jejaka pilihan. Apis is such a great guy even though ada ketikanya dia PMS-ing. Who doesn't kan...Bukan dia je yang kena jaga awak baik-baik tau (rujuk Pre-Tu tu tu), tapi awak pun kena jaga dia baik-baik gak tau..Dia kerja Petronas tu...haha...You were gorgeous..*ehem..kembang jangan tak kembang*, the majlis was great and thank you for all the food and the towel, the toothpaste and sabun mandi and last but not least bilik awak yang menjadi tempat kitorang berposing atas katil masa korang semua tengah sibuk ambik gambar kat bawah..ngehehe..

Ok. Dah cukup emosi dah ni. Tengok gambar lak.. :B


The ever so gorgeous



Bakal mak mertua awak cam happy je naa..



There you go



Mother and soon mother-to-be (in 2010 and kalau bunting pelamin la..hik hik..)




 



Saturday, December 26, 2009

Pre-Tu tu tu... tunang

Aainaa....
Selamat menjadi tunang orang.. Sangat grand ye harap maklum..Kita rasa awak dah patut kawin je hari ni..

Laksa johor..I loooiiikke....Best part of majlis macam ni is the food of course. Esah takde fungsi pun di sini..Orang yang paling malas sebab tak buat apa-apa. Tukang habiskan makanan je. Elakkan pembaziran.

Yana..awak dah boleh jadi pengganti Pak Ali.. Dia buat pelamin tak cantik..Old school..Huhu..

Last but not least, Cik Photographer, Mas yang sentiasa berdedikasi menggigit gambar. Jasamu dikenang.

Pesanan untuk Apis...Jaga Aainaa baik-baik. Make sure makan pakai sume cukup.

Saat menulis ni, sebenarnya majlis ni tak start lagi. Aainaa baru lepas mandi..Nasib baik Apis tak datang lagi.


 Baju ada, kek ada, cokelat ada, kambing biri-biri pun ada



 
Arabian Night fantasy...sort of...



Hasil kerje Pak Ali..(patut la kan kalau I suruh Yana jadi pengganti beliau)




Obsesi dengan net yang berupaya membuatkan I boleh buat tangan cam Klingon


 
Kaki entiti..Yana tudung biru merangkap AJK Tugas-tugas Khas. Dia yang adjust pelamin, dia yang siram pokok bunga, basuh pinggan, mak andam, tukang lap muka..Semua free of charge. Sila contact dia jika anda ingin save budget.

Tuesday, December 22, 2009

Silent (macam handphone)

Lama menyepi dari dunia maya..Hampir tidak mempedulikan dunia maya sebenarnya..

Nasib baik belum lupa password account FB lagi

Fret not people..I'll be back..Sekarang masih dalam proses pembelajaran untuk menjadi seorang yang lebih berisi otaknya.. Badan tak berisi takpe..Janji otak tak kosong kan..

:B

Wednesday, December 16, 2009

PTD-PAC: To Be Or Not To Be..

Last week I went for the 2nd stage of PTD recruitment process; famously known as PAC. It was fun because I chose to have fun instead of stressing out about the whole thing. Manalah tak stress nye. Banyak orang selalu cakap PAC ni susahla, penatlah, tough la bla bla bla..Bila I dah lalui sendiri PAC tu, apa yang I boleh cakap ialah PAC sangatlah overrated. *Cecece esah cakap cam dah terer sangat je*.. No la. I tau I tak terer pun. Tapi bagi I PAC bukanlah sesuatu yang nak ditakutkan sangat. Asalkan you dah buat yang terbaik, just pray and hope for the best lah bak kata omputih kan. Kadang-kadang kita takut sangat dengan sesuatu yang belum pernah lagi kita lalui and then when the time comes, masa tu kita dah terlebih takut or gabra sampailah kita terlupa untuk buat yang terbaik.

Well, did I do my best masa PAC hari tu? Hahaha..I pun tak tau. Yang I tau ialah I adalah sangat lembik sebab cepat sangat pancit masa buat 2.4km run tu. Dah la masuk dalam kategori the 4th group yang sampai kan..Sedikit malu dengan Fir sebab he was in the 3rd group. Tapi takpelah. Kang I laju sangat kang abis la ego Fir tu..(ala esah cakap nak kasi sedap hati sendiri). Orang selalu cakap orang kurus mesti lari laju sebab ringan..Hell no!! Mereka semua salah. Bukan semua orang kurus fit ye harap maklum. Lebih-lebih lagi si kurus yang kedekut kalori. Memang fail lah bab-bab memfit kan diri ni. Tapi takpelah. Asalkan sampai ke garisan penamatnya. Ada one lady kat situ cakap la dekat kami semua jangan risau lah kalau you finish last sekalipun. Yang penting sekali tak give up. Kalau dah habiskan larian tu je, tuan-tuan dan puan-puan ada 100% peluang nak jadi PTD. Hah!! I kurang percaya sikit tapi terima kasih la puan sebab berjaya juga menyedapkan hati kami-kami yang lambat sampai ni.

Dalam PAC ni ada 3 aktiviti utama yang akan dilalui oleh semua peserta. English discussion, debat ala parlimen dan juga aktiviti fizikal macam 2.4km run tadi. Ini modul baru PAC lah. Kalau modul lama I dengar lagi susah sebab masa dia lebih lama iaitu 3 hari. Seriously speaking, tajuk-tajuk yang diberi untuk discussion dan debat PAC masa sesi I ni kurang menegangkan urat kepala sebab tajuknya rileks je. Untuk discussion, we were given this one situation where our cruise ship was sinking and we should decide which characters should board the lifeboat yang mana maksimum weight untuk boat tu ialah 350kg camtu. My character, I dapat jadi cabinet minister yang beratnya 100kg. So korang rasa I dapat ke naik boat tu? Mestilah tak kan sebab ada orang lain yang lebih perlu diselamatkan dan lebih ringan pulak tu. Lagipun kalau betul-betul lah situasi tu terjadi I tak rasa pun ada orang nak selamatkan cabinet minister sebab dah la berat lebih kurang macam badak pastu tak payah bayar tol, minyak free, gaji berpuluh ribu kot pastu dapat elaun hiburan lagi padahal rakyat dalam negara makin hidup susah lagi-lagi dengan ekonomi tak menentu sekarang ni. Kalau minister tu tenggelam lagi orang tepuk tangan buat kenduri kesyukuran kot...Eh eh teremosi pule esah...(Inilah akibat selalu mengadap Cursing Malay)

Kesimpulannya itulah tajuk diskusi kami hari tu. I sebagai cabinet minister tak dapat naik boat tu pun. I pun pilih tak nak naik sebab nak pura-pura tunjuk baik nak kasi orang lain naik sebab cabinet minister kan memang banyak yang berpura-pura konon-konon faham masalah rakyat..(ish..ish..esah stop it la..kang kena ISA tak dapat nak sambung master)..Tapi lepas I konon-konon redha tak dapat naik boat tu our assessor/fasi tanyalah kenapa minister tak naik. Kan minister penting untuk negara. Lepas tu I sebagai minister yang pura-pura baik cakap lah takpelah saya tak dapat naik. Saya kasi chance kat orang lain yang lebih memerlukan. Something like that la. Pastu boleh pulak fasi tu cakap oh I thought it's just a political gimmick. Ceh dia boleh membaca minda I la...Aha there goes my assessment. (I memang tengah bersiap-sedia menerima kenyataan yang I akan fail this PAC)

Lepas habis diskusi, I terus berjalan sedikit jauh ke blok lain pulak untuk aktiviti debat pulak. Dah la jauh nak jalan lepas tu kena naik tangga lagi. Adoi I memang lembik la..Cis..Sampai je kat aras di mana bilik aktiviti I tu I ada nampak seorang fasi sedang chewing gum dekat situ sambil senyum-senyum or sengih-sengih or apa-apa yang seangkatan dengannya la. Dia tengah gelakkan I la tu sebab muka I termengah-mengah dan kesemputan sambil membawa beg maxis non-woven yang besar untuk isi baju senaman adalah muka yang wajar digelakkan sebab macam huduh. I sebagai seorang perempuan yang tak suka orang pandang I memang la tibe-tibe nak paling control konon-konon dia tak pandang I and I buat macam biasa je. (Tapi dia memang pandang dan tersengih sebab I sorang je kat situ. So dia nak pandang sape lagi. Takkan beg maxis kot.. Jadi I bukan perasan ogeyh..) Dengan muka biasa I tu I pun jalan la kat tempat yang opposite dengan tempat yang dia berdiri tu dan dengan confident nya nak buka pintu bilik tu nak cepat-cepat masuk dengan harapan I tak payah ditengok lagi. Sekali baru nak buka pintu rupanya salah bilik daa...Malu..malu..tu la esah sape suroh control nak buat muka biasa konon!!!!*I imagine I tepuk-tepuk kepala sendiri tanda kebuduhan sebab control sangat tadi*..Memang I kena patah balik and tengok muka dia yang gelakkan I tu sebab dia berdiri dekat depan bilik yang I patut masuk. Nasib baik I dah ada Fir kalau tak I mesti dah poyo konon-konon berlakon dalam romantic comedy dan terfikir bahawa inilah yang dikatakan jodoh..*Euwww*

Esah still nak berlakon buat-buat cam biasa lepas dah terang-terang malu camtu so esah pun cakap la dengan bimbonye.."Eee kenapa dia buat tak buat bilik ni kat sana??". Laki tu sengih la tengok perempuan yang klutz sorang ni..Camnelah kau leh dapat gi PAC ni takde gaya bakal PTD berkaliber langsung...
Turned out dia adalah fasi I untuk aktiviti debat tu..Tajuk debat hari tu ialah "Perempuan Cantik Kurang Cerdik, Lelaki Gagah Kurang Bijak". Haha..Macam cool je tajuk stereotaip ni. Memang sah-sah la kitorang bagi Siti Nurhaliza sebagai contoh..Haha..Sorry to all Siti's fans out there..:p
Sesi debat ok lah. Not bad. I ada la cakap lebih dari 2 kali jugak sebab fasi tu sibuk dok signal I suruh I bangun cakap lagi...Haha..

Pasal aktiviti petang yang lari-lari tu I tak nak cerita lebih-lebih. Depresi seketika sebab kelembikan diri sendiri. Habis saja PAC, family I dan Fir sedia menanti dekat tepi gate INTIM tu.

Yeay!!Boleh mandi manda di pantai dengan senang hati...

Monday, December 7, 2009

In My Head

I may have so much going on in my mind that I don't even know how to put them in words or I may probably don't have anything in my head right now. Yeah..Berisi ke kepala otak I ni dengan fikiran-fikiran ataupun otak I kosong je sekarang ni.

This is not good.

Good news: Halfway Gone is playing in my mind..Over and over again..Takdelah kosong sangat my otak after all..


*plain dan bosan*

Thursday, November 26, 2009

And I Can't Help Myself

Premis 1

I applied journalism for my postgraduate study. Today, the result's out but when I check it out, my application is still in process whereas Fir's was approved. Unsatisfied and a little bit I-supposed-to-take-care-of-her-and-fight-for-any-injustice-towards-her, he called the admission unit of the graduate school and asked them what's with the yada yada yada...(malas nak cerita panjang..auwww..Fir konon-konon sweet..hahah..). So happened, the lady he was talking to was some sort of the head of the unit. She told him that there's no way with the yada yada yada..All results are out and none is still in process anymore. So she asked for my name, checked on the school's database about the application and then told him, "Her application was approved. Probably the website wasn't updated. But she really got in"..Yay me!!!

Then the lady asked Fir, "esah tu kerja lagi ke sekarang?". And the ever so lurus Fir said, "Owh yes maam..She is"

Owh ye ke? Saya nak offer dia kerja ni. Masa saya tengok dia apply for journalism saya dah nak tanya dia dah tapi saya asyik lupa je. Busy sangat. Saya nak tanya boleh ke kalau dia tulis artikel untuk publish dalam Graduate Times...


Premis 2

In Desperate Housewives, there's this one episode where my favorite housewife Gaby was attending her husband's boss' funeral. Masa mula-mula Gaby ni tak suka nak datang sebab dia konon-konon hate funerals and sedikit takut sebab both Gaby and Carlos indirectly terlibat dengan kematian boss Carlos ni. Then tak lama lepas tu, a bigger boss than Carlos' datang jumpa diorang. Cakap punya cakap, tiba-tiba je Carlos pulak dapat pomotion untuk gantikan boss yang dah mati tu. Masa tu Gaby bukan main suka lagi sebab diorang dah automatik jadi kaya balik. Sepanjang majlis tu Gaby asyik tersengih kesukaan je sampaikan Carlos pun cakap for God sake Gaby this is a funeral..(lebih kurang macam tu la)..


Konklusi

And I can't help myself. Gaby tak buleh, Taylor Swift pun tak buleh help herself when it comes to a guy named Stephen.

I tak rasa I layak untuk tulis artikel sebab I tak tau apa-apa pun tapi kesengihan memang tak dapat nak dielakkan. Heeeeeeeeee..(imagine muka tersengih di sini)..

Ok la muka dah cramp. I nak pergi buat kerja yang tak perlu tersengih pulak.

Tuesday, November 24, 2009

Yang Ini, Liya Yang Tentukan..I Hate That Sunsilk Ad

I used to work in a cinema nearby my house..(nearby??! cuba jalan kaki tengok dekat ke tak)...Hishhh..Ok la..Tak nearby la. Just not that far from my house..About 5 mins drive camtu. Masa kerja kat sana, ada la beberapa perkara yang sebelum ni I tak tau sekarang I dah tau. Contohnya, setiap premis wayang mesti ada lesen hiburan. Kalau nak apply lesen ni kenalah bayar dalam RM10 000 setahun camtu. Maybe lebih kot. Lepas tu cost of operation untuk cinema pun mahal. Projector, sound system dia semua tu nak kena ambil kira juga. Kalau yang ada THX la ape benda sume tu lagi la tinggi kos dia. Pastu kalau satu-satu cerita tu yang tengoknya 2-3 orang je, memang kerugian la untuk cinema tu. Antara movie yang biasanya 2-3 orang je yang tengok adalah....Cuba teka? Salah! Bukan cerita Tamil. Cerita Tamil lah yang paling cepat sold out tau especially Sivaji the Boss..(fuhh..tetiba terjelma dalam ingatan gaya Sivaji dengan spek mata hitam dan kepala botaknya)..

Ok kita lupakan kisah Sivaji. Jawapannya adalah Malaysian movie atau cerita Melayu atau cerita Malaysia. Lebih kurang la. Yang penting ianya dikategorikan sebagai filem tempatan. Bukannya tak ada orang tengok cerita tempatan. Cuma kurang sikit la. Biasanya yang 2-3 orang penonton tu pulak time matinee je. Tapi still kurang la kalau dibandingkan dengan filem gergasi atau filem cikai Hollywood. Asal tajuk omputih je mesti laku.  Tak kisah la cikai ke tak.

Sebab tu popcorn, air mineral, air kotak, air tin, Cheezels kat cinema mahal. Korang janganlah bikin union pulak sebab barang-barang ni mahal sikit daripada biasa.

Lagi satu, setiap cerita baru je mesti akan premiere pada hari Khamis atau malam Rabu, kecuali pada kes-kes tertentu. Time premiere ni tiket akan lebih mahal dari biasa kecuali kalau korang jadi burung awal aka early birds. 26hb yakni Khomis ini, banyak cerita baru akan keluar kat wayang iaitu cerita yang ditunggu-tunggu oleh konon-konon peminat vampire iaitu New Moon, Karaoke, Ninja Assasin dan Jalang (Ini screenings yang dekat MidValley saja ya harap maklum). Cerita Jalang & Ninja I takkan tengok kecuali download dari internet atau mendapat good reviews. Bukanlah I tak nak sokong filem tempatan dengan tak nonton Jalang tapi tajuk Jalang macam sangat jahat la..dulu Bohsia..ni Jalang pulak. Haihh..



New Moon adalah sequel  yang dinanti-nantikan oleh ramai gadis dan wanita serta beberapa orang lelaki. Lepas filem Twilight menyebabkan ramai orang dengan tak semena-mena meminati vampire (kalau jumpa betul-betul agaknya nak minat lagi ke?) terutamanya yang bernama Edward Cullen, New Moon dijangka akan meletup dengan hebatnya di pawagam-pawagam Malaysia sepertimana yang berlaku di US dan beberapa negara lain. Lepas keluarnya New Moon ni, maybe fan club untuk werewolf juga akan muncul sebab Taylor Lautner juga tak kurang hot nye di kalangan gadis-gadis..(Dia tak hot bagi I sebab dia lagi muda dari adik I..giler hape..).. Main attraction for this movie..err...need I say more?
 


Karaoke pulak adalah filem tempatan which has won several acclaims at international stage. Filem arahan Chris Chong ini merupakan filem Malaysia pertama sejak 14 tahun lepas yang telah dipilih untuk ditayangkan dalam Director's Fortnight di Cannes Film Festival tahun ni. Filem ini juga telah memenangi the first ever Maverick Prize in Calgary International Film Festival. Kalau anda suka filem Yasmin Ahmad, you will probably love this as well.

So kita ada 2 cerita yang layak ke finals ye tuan-tuan dan puan-puan iaitu Karaoke & New Moon. Kedua-dua cerita akan bertanding merebut hadiah utama kita iaitu duit si Fir (sebab Fir yang akan keluarkan duit untuk esah tengok cerita ni). Siapa yang akan bergelar juara. Nantikan jawapannya minggu hadapan.

p/s: Saya budak baru belajar camne nak letak gambar dalam entri..giler buta IT I ni (eh apasal macam bunyi pantun je ni)