Monday, June 21, 2010

Entri Emosi Tak Berapa Stabil

Oh gundah gulana hati beta sekarang ni. Kadang-kadang rasa seronok, kadang-kadang sedih, kadang-kadang lapar, kadang-kadang stress, kadang-kadang mengantuk, kadang-kadang excited. Banyaknya kadang-kadang. Bila dah tulis dan sebut kadang-kadang banyak kali membuat I terfikir pulak dari mana asal perkataan kadang-kadang tu. Kenapa dia dinamakan kadang-kadang. Kenapa mesti kadang-kadang? Kenapa tak kadang je? Takpelah. Suka hati dia la kan.

As for me, all I want to do now is just to get away from here (aka my desk aka office). Not literally but it's good enough for me.

Thursday, June 10, 2010

Kecoh Betul Bodoh Betul

I bukan nak menghina filem Melayu jauh lagi tak menyokong industri perfileman tempatan tapi filem ni I consider it as an insult to my intelligence..*Ceh ceh intelligent sangat ke kau esah*..I mean come on la..buat cerita yang senonoh sikit boleh tak. Filem kita wajah kita. So kalau filem bodoh, adakah wajah kita bodoh? Mungkin wajah hodoh la tapi memang memalukan kalau filem kita masih lagi di tahap macam ni. I admit there are few Malaysian movies yang memang betul-betul bagus macam Setem, Yasmin's, Afdlin's and bla bla bla tapi lagi banyak yang tak bagus daripada yang bagus. Kalau P. Ramlee's toksah cakap la..Despite few flops masa zaman-zaman film production tu dah berpindah ke Studio Merdeka, ada jugak la beberapa filem yang bagus dan menang Asia Pacific Film Festival awards masa zaman kegemilangan filem Melayu kat Jalan Ampas dulu. Kalau I hidup pada zaman tu mesti I bangga.

And as for Lagenda Budak Setan, I tak tengok lagi but there are words saying that filem ni tak berapa nak best jugak. Sangat menyedihkan sebab LBS is Ahadiat Akashah's masterpiece la konon-kononnya and pada zaman remaja dulu I ada la baca novelnya. It's quite good tapi kenapa filemnya ada orang kata tak best. There must be something wrong somewhere. Lain orang lain pandangan kan. I nak komen lebih-lebih pun I belum lagi tengok cerita tu. Keh keh keh..

Kecoh Betul, seriously, you kinda suck.. Storyline & acting hancur-hancur belaka. Walaupun I ada la jugak gelak-gelak tengok cerita tu tapi dalam hati I memang tidak henti-henti cursing that movie. Two hours of my life that I can't get back. and my RM6..*Kecoh betul esah...RM6 je pun*..(Helloooo..money is still money)...

Btw, ini pendapat peribadi I dan juga peribadi 4 orang rakan-rakan lain yang tengok movie ni. Lina, Fiza, Shahrul (weh aku dah promote nama kau ni tau..haha) & si mangkuk yang perlu dirahsiakan identiti beliau di alam maya ni. Sekian.

Monday, May 24, 2010

Fikir Tajuk Sendiri La Ye

Selamat hari Isnin people..Mulakan pagi anda dengan senyuman..What the..???!! Dah la I lambat hari ni sekaligus mencipta satu rekod baru. First time punch card I kaler merah hari ni..Bangga sekali diriku kerana berjaya membusukkan reputasi diri sendiri..muahahahaha..(gelak keji dulu).

Walaupun hari ni hari Isnin yang mana biasanya sindrom malas bekerja tu amat jelas kelihatan terutama dalam diri esah, tapi Isnin kali ni berbeza sikit dengan Isnin sebelum ni..Esah amat bersemangat bekerja hari ni (yang kau update blog ni kira semangat kerja sangat ke esah oii??)* Ey shut up you annoying inner voice*..Mari sambung ayat I yang tak sempat habis sebab ada gangguan seketika tadi. Hari ni I semangat sikit sebab dah masuk gaji. Yayyy!!!!!

Tapi I jamin yayy I tu akan bertahan sekejap je sebab lepas ni nak kena bayar hutang, bil, bla bla bla..Lama-lama habis sekelip mata je..Oh sesungguhnya I sangatlah iri hati (jealous??..please..so not me..) dengan Paris Hilton sebab tak payah kerja sangat pun dah kaya..Tapi tak kisahlah..At least I kurang bangang sikit dari dia..(haha..ampunkan esah atas kekasaran bahasa).

I'm not exactly financially savvy but I watched Suze Orman occasionally. And Oprah too..Among few tips that I got from watching them are:-
  1. Plan your expenses - Teramatlah mustahak nye perkara ini sebab janganlah anda rasa anda tu pandai sangat berbelanja sampai tak perlu nak plan. Kalau plan tu tak penting maka takdelah bahagian Bajet kat MOF ni kan...
  2. Track your spending - Maknanye sediakan la buku kecik and tulis segala hape benda yang korang beli kat dalam tu. Tujuannye supaya kita tahu duit kita tu pergi mana. Dia jalan-jalan pergi Mid Valley ke, tengok wayang banyak sangat ke, mencekik Nando's (sedapnya.yum..yum..) hari-hari ke. Jangan malas. Kalau korang malu nak tulis sebab nanti orang kata korang poyo ke ape ke kan, senang je. Janganlah tulis depan diorang. Tapi harus diingat, daya ingatan anda mestilah kuat untuk ingat balik apa yang anda dah belanjakan..
  3. Jangan buat-buat lupa bayar hutang - PTPTN, loan kereta, loan rumah, credit card dan yang sewaktu dengannya tu, silalah jangan abaikan kelak ianya akan menghantui hidup anda. True story, someone I know dah hutang credit card RM10 000..Tu tak termasuk kereta dengan PTPTN lagi tu..Banyak giler kosong dia..Tu la asyik shopping and jalan-jalan je..(jahat sungguh anda ni esah..keh keh keh..) 
  4. Pay more than the minimum amount - Khas untuk yang dah ade credit card. Tau la cool kan ada card tu. Main swipe je kan. Tapi janganlah gila swipe pulak sampai nak beli sabun basuh baju pun nak swipe jugak. CC (credit card) companies sentiasa ada cara untuk menggalakkan orang guna CC tapi tak perlu bayar full amount. So diorang akan letakkan minimum amount tu rendah sangat supaya orang fikir mandatori bayar minimum amount tu je. Bila dah bayar minimum amount, maka secara automatic amount yang tak minimum tu korang takkan bayar time tu jugak. Bila tak bayar maka interest akan naik. So secara logika nye bayarlah lebih dari minimum amount atau bayar terus je semua amount tu. (I cakap macam I ada CC je kan..poyo nye esah)
  5. Savings - Mesti mau simpan. Orang biasanya akan simpan duit lepas dah habis belanja semua..Nehi nehi nehi people..Jangan buat begitu dong! Simpan dulu baru belanja sebab kita tak tahu lagi berapa banyak yang kita kena belanja. Walaupun kita dah plan tapi emergency happens. So sendiri mau ingat ye harap maklum
  6. Kereta - Kebanyakan orang sanggup spend banyak duit untuk kereta. Spend di sini bukan bermaksud bikin kereta je. Boleh juga dikira dari segi bayaran yang akan anda bayar setiap bulan tu. Monthly installment ke perkataan omputihnye? I pun tatau sebab I takde kereta. Tapi memang benda alah tu lah. Contoh orang yang spend duit banyak untuk kereta adalah Fir pada suatu ketika dahulu (sekarang dah insaf kot..;p) sebab dia gatal nak pasang spoiler la skirting la dan ntah pape benda lagi kat kereta dia tu. Bukan boleh terbang pun pasang macam-macam tu . Lambat lagi lah I kawin nampaknya..(Ahh sungguh desperate diriku..tidaaakk!!!..)
  7. Rumah - Sila beli rumah yang tak payah bayar down payment yang tinggi, from reliable developer, free SPA and legal fees, freehold, dan menawarkan pakej-pakej yang menarik contohnya ada kasi percuma kabinet ke, air-cond ke ape ke. Enough said.

Bosannye tajuk I. Maafla membuang masa anda semua ye. Secara automatiknya masa I pun terbuang jugak..:p

p/s: Tu la bakal rumah I..Jangan jeles eh
.

    Tuesday, May 18, 2010

    Wajah Untuk Hari Ini

    Wahhhhh...mengapakah..???!!
    Semalam tunang Apis telah call supaya ditukar warna-warna dalam blog ni sebab dia tak boleh baca my blog dalam her brand new Blackberry (sungguh dengki hatiku seketika).

    So taaadaaaa!!!!Boleh baca ke sakarang Aainaa?Inilah hasilnya apabila orang buta IT macam I nak kena tukar layout semua. Memang makan gaji buta je la hari ni. Susah la nak buat benda alah ni..
    *JPA, tolong jangan tangkap saya sebab hari ni kerja saya menukar layout blog saja..;p*

    Monday, May 17, 2010

    Masih Bosan Tapi Tak Boleh Nak Cuti

     Sungguh tak produktif esah hari ni nampaknya..Why oh why??Why me? Why today??


    Bosan dan Nak Cuti

    Berat sungguh rasa nak nak buat kerja hari ni. Ditambah pula dengan batuk-batuk dan semput. Tiba-tiba I rasa rindu pula dengan kerja PKS dulu. Kalau nak cuti, tak payah nak fikir panjang pun. Now that I'm much more than just a PKS, terasa makin bertanggungjawab untuk tak cuti. Not that I'm complaining or I nak cakap bagus sangat kerja I sekarang daripada PKS. Sama je sebenarnya. Selagi I buat kerja and takdelah nak update blog time-time camni dah kira ok la tu kan.

    Ok. Kerja time!(Bosan sungguh hidupku)

    Wednesday, May 12, 2010

    Mungkin Berguna

    Mungkin post ini tak berapa bermanfaat untuk anda semua tapi takpelah. I nak post jugak. It's just something that I know so I tak nak la kedekut ilmu. Hari ni I dah tau beberapa perkara. Mungkin tak penting atau berguna atau mungkin ada orang yang akan kata "ek eleh aku dah tau dah..takkan tu pun tak tau" tapi I nak bagitau jugak (tak kira!!).
    1. Ikan dolfin iaitu ikan lumba-lumba yang semua orang kata comel and rasa nak membunuh je sesiapa yang lakukan kekejaman kat ikan tu sebenarnya bila dia tidur, dia tidur dengan setengah otak dia je. Yang lagi setengah dia akan biarkan otak dia terjaga supaya dia boleh berenang ke atas sekiranya dia rasa cam nak lemas. So kalau ada orang cerita kat korang yang ikan dolfin tidur mati maknanya orang tu tipu la tu.
    2. Orang yang buta sejak lahir tak boleh nampak apa-apa visual dalam mimpi dia. Tapi kalau dia pernah melihat sebelum jadi buta, dia boleh nampak sikit-sikitlah visual imagery tu.
    3. Gene Simmons of KISS pernah jadi cikgu rupanya dan dia pernah didenda oleh cikgu penolong kanan sebab dia replace buku Shakespeare dengan komik Spiderman sebab dia rasa budak-budak memang betul-betul akan baca komik daripada buku tu.
    4. Abang kepada Al Capone ialah seorang polis yang tak mungkin akan suka hati tembak budak 15 tahun sebab ingatkan budak tu seorang penjenayah
    5. Jo bermaksud sweetheart/dear..So boleh la panggil kekasih cinta hati anda semua jo kalau konon-konon nak berbunyi unik.
    6. Fir sangat impatient terhadap pesalah jalanraya.
    Lain kali I tambah lagi kalau I terbaca apa-apa lagi ye. Itu pun kalau ada orang sudi la menerima info-info yang tak berapa nak menarik daripada I ni kan.